Tuesday, August 17, 2010

~ TeRLuka KeRaNaMu C.I.N.T.A~

Cuba Lupakan Si Dia…

Usah kecewa andai cintamu terputus di tengah jalan kerana si dia pergi sebenarnya untuk membuka peluang pada seseorang yang lebih baik untuk mengisi ruang hati kamu.

Oleh itu, cubalah lupakan si dia…Ayuh! Bangkitlah dari kekecewaan!!!!

  1. Terima Hakikat

Pertama sekali kamu perlu menerima hakikat si dia bukan lagi milik kamu. Belajarlah untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan percayalah ia adalah permulaan kepada pertemuan.

  1. Melarikan Diri

Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan kamu. Cuba pergi ke suatu tempat yang agak jauh dan merehatkan minda. Apabila kembali tenang, segeralah pulang ke tempat asalmu.

  1. Luahkan Perasaan

Luahkan perasaan kamu kepada sahabat karib otau orang yang rapat dengan kamu. Mungkin si dia tidak banyak membantu tapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan yang terpendam akan dapat menghilangkan tekanan kamu.

  1. Mendengar Luahan Orang Lain

Apabila mendengar luahan teman-teman lain sekurang-kurangnya kamu akan sedar bahawa bukan kamu seorang sahaja yang menerima nasib yang teruk. Malah mungkin ada orang lain yang mengalami nasib yang lebih teruk dari kamu.

  1. Buang Segala Kenangan

Hadiah atau apa sahaja kenangan yang boleh membuatkan kamu mengingati si dia, jangan ragu untuk membuangnya. Mungkin kamu terlalu sayangkan pemberian itu namun itulah yang terbaik untuk kamu lupakan terus si dia.

  1. Berdoa & Tawakal

Ini adalah penyelesaian yang terbaik. Berdoalah kepada-Nya agar diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan yang mendatang serta akan dipertemukan dengan pasangan yang serasi.

P/S : “Menerima Hakikat Bahawa Si Dia Bukan Lagi Milik Kamu. Belajarlah Untuk Menerima Kenyataan Bahawa Pertemuan Akan Berakhir Dengan Perpisahan Dan Percayalah Ia Adalah Permulaan Kepada Pertemuan.”

InsyaALLAH....Berusaha ke arah yang lebih baik....smge hearty akan lebih kuat menghadapi hidup ini...amin...

1 comment: