Monday, January 4, 2010

TahuN Baru...

5 Januari 2010...



Hari berganti hari, tak sedar kite dh msuk Tahun 2010...tggl sthun j lg utk aku tamatkn pengajian di sini...sungguh cepat masa berlalu...hampir 3 tahun aku di sini mengorak langkah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar...dlm tempoh itu juga, byk ranjau yang aku tempuhi dan pahit manis kehidupan terus aku alami... dari seorang pelajar yg bru tamat sekolah menjejakkan kaki ke alam universiti sehinggalah kini aku bergelar seorang mahasiswi yang berdiri gah dlm kepimpinanku sndri... berjayakah aku???? Wahlahualam..selagi tak tamat pelajaran di sini aku x dpt nk menjangkakan segalanya...



Dari sehari ke sehari, macam-macam dugaan yang aku laluan. Sama ada sabar atau tidak, aku tetap perlu bersabar. Kalau tak sabar, aku juga yang rugi. Bukan orang lain. Huhu.. Inilah yang dinamakan hidup. Ada ranjau yang sentiasa menanti.. kalau tahan dan berani, kita takkan tercedera, tapi kalau tak tahan, tak berani, alamatnya tersungkurlah... lebih-lebih lagi bila dah melangkau ke tahun baru nie. kita tak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Entahkan baik entahkan buruk. apalah nasib kita nnt. Yang pasti, tetapkan azam dan matlamat diri. Jangan mudah mengalah dan beralah.. bukan xperlu beralah langsung, tetapi bergantung pada situasi.

Untuk diri aku sendiri, tahun ni tahun ke dua akhir aku di UPSi ni. Apa yang pasti aku kena lebih mantapkan diri. Tak kira la dari fizikal & mental. Hmm.. Azam yang tertanam perlu aku ditunaikan. Jangan hanya azam tinggal azam.. Amanah yang aku terima perlu juga aku laksanakan. Ya, Aku tak boleh persiakan... Moga-moga, Tahun baru 2010 ni memberikan aku semangat yang baru dan membawa aku ke jalan yang lebih sempurna. Kejayaan Menanti di hadapan. Pasti! Akan ku orak langkah yang gagah ke arahnya....Amin.. InsyaAllah....

Friday, November 20, 2009

SaBaRLah SaYaNg....Aku DccMu....



Hujan tersimpan memori titisan

Tangisanmu di bawa hujan

Kau dan aku dalam dakapan

Harapan untuk bersatu
Sabarlah sayang

Kita pasti bersama

Sabarlah sayang

Mentari tiba

Di bawah hujan kita pernah berjanji

Di bawah hujan kita ikatkan hati

Di bawah hujan kita pilu menanti

Gerimis hujan tak akan merungkai mimpi
Mendung tidak berganti hujan

Ribut bersilihkan taufan

Langit gelap tanpa rembulan

Dalam di helah nafasku

Tuesday, November 3, 2009

ExaM oH eXaM.....

lps blajo exam, lps exam blajo blik... g2 la dunia blajo..ulang2 bende sme j..alangkah bgusny klu xyah de exam kn???hakhak.....xyah la kusutkn pale nk bce2 blik bku..nk ulangkaji...letih kple..huh...pe pn. All da best utk dri sndr n semua kengkwn..smoge dpn mnghdapi exam kli ni dgn jayany..hehe..InsyaAllah...Amin...

Thursday, October 1, 2009

Martabatkan bahasa Melayu

APABILA bangsa asing menunjukkan minat untuk menguasai bahasa Melayu, ia merupakan satu penghormatan kepada bangsa Melayu. Secara teorinya, masyarakat antarabangsa tidak akan memberikan perhatian kepada sesebuah bangsa, sekiranya bangsa itu tidak mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan. Ambil sahaja contoh mudah bagaimana masyarakat dunia berlumba-lumba mempelajari bahasa Jepun disebabkan ilmu sains dan teknologi mereka yang tinggi.

Begitu juga dengan bahasa Arab apabila dunia Arab semakin berkembang sebagai lubuk ekonomi. Justeru apabila bahasa Melayu turut menjadi perhatian seperti yang ditunjukkan menerusi penyertaan menggalakkan pada pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri (PABM) 2009, ia secara tidak langsung mengiktiraf bahasa dan tamadun Melayu.

Penganjuran kali ketiga PABM tahun ini yang berlangsung sejak 2 Mac dan berakhir hari ini menarik penyertaan seramai 46 orang peserta dari 28 negara di enam benua.
Bertemakan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, PABM dibahagikan kepada dua kategori iaitu Nusantara dengan penyertaan negara yang mengamalkan bahasa Melayu seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Kategori Antarabangsa pula dibuka kepada seluruh negara dan disertai oleh pelajar yang mengambil jurusan bahasa Melayu di universiti negara masing-masing.
Sehingga kini, terdapat 129 buah institusi pengajian tinggi (IPT) di 40 buah negara menawarkan pengajian bahasa Melayu.

Menariknya kali ini, tujuh buah negara baru turut mengambil bahagian iaitu Itali, Jerman, Moldova, Bosnia Herzegovina, Palestin dan Belarus. Untuk menyimpulkan bahawa bahasa Melayu sudah diterima masyarakat dunia berdasarkan jumlah 129 buah IPT yang menawarkan kursus pengajian itu, barangkali masih terlalu jauh.

Apatah lagi dengan hakikat bahawa terdapat lebih 30,000 buah IPT di seluruh dunia ketika ini. Bagaimanapun perlu untuk diketahui, daripada 129 buah IPT tersebut, kebanyakannya terletak di negara membangun dan maju. Untuk bahasa Melayu itu diterima sebagai satu kursus bahasa asing di IPT tersebut pula bukan melalui usaha melobi oleh kerajaan.

Sebaliknya, berdasarkan keputusan senat IPT masing-masing yang dibarisi oleh golongan cerdik pandai dan cendekiawan yang berfikiran terbuka. Pastinya antara kriteria yang diberikan keutamaan ialah bagaimana bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda berjaya membina sebuah negara Malaysia seperti hari ini. Hakikatnya, Malaysia menjadi perhatian dunia sebagai salah sebuah negara Islam yang semakin berkembang maju dan progresif.

Malaysia juga merupakan negara contoh terutamanya di kalangan negara-negara dunia ketiga.
Justeru, bangsa asing melihat bahasa Melayu sebagai bahasa moden iaitu bahasa yang mempunyai nilai-nilai komersial, bukannya bahasa kesusasteraan semata-mata. Tidak dinafikan PABM yang bakal dijadikan acara tahunan merupakan pentas terbaik dalam mengangkat martabat bahasa Melayu di persada antarabangsa. Namun, adakah penganjuran seumpama ini meskipun merupakan julung kali diadakan sudah memadai?

Ketua Pengarah, Bahagian Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, untuk bahasa Melayu dipandang tinggi dalam konteks akademik, negara memerlukan jurnal dan makalah penyelidikan mengenai bahasa dan bangsa yang diiktiraf di peringkat dunia.

Jurnal atau makalah itu pula dimartabatkan dengan dijadikan sebagai wasik atau rujukan di kalangan ahli akademik dan cendekiawan antarabangsa. Menurut beliau, negara sebenarnya mempunyai material yang sangat kaya dan tinggi dengan nilai-nilai kesusasteraan serta sosio budaya Melayu.

Namun cabarannya ialah sejauh mana kita mampu menembusi dan mengekalkan keunggulan bahasa Melayu di pentas antarabangsa. Dalam erti kata yang lain, bolehkah jurnal atau makalah bahasa Melayu diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa? Untuk jurnal atau makalah itu diterima, ia perlu diindekskan dalam sistem atau rangkaian yang diiktiraf seperti Isis atau Scorpus yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) atau United Kingdom. Malangnya sehingga kini, tiada jurnal atau makalah yang secara khusus mengangkat mengenai sosiobudaya dan kesusasteraan Melayu dalam indeks itu.

Sedangkan kita tidak hanya mempunyai material itu, malah negara luar juga menunjukkan minat yang sangat tinggi kepada bahasa Melayu. Apa yang tinggal ialah kemahuan dan usaha kita untuk memperkembangkan dan mengantarabangsakannya. Ke mana menghilangnya pejuang-pejuang bahasa Melayu yang boleh memartabatkan bahasa ibunda dalam konteks meletakkan jurnal bahasa Melayu di persada dunia? "Bagi saya ini juga merupakan fardu kifayah bagi mereka yang pakar dalam bidang bahasa. Jurnal dan makalah bahasa Melayu itu seharusnya datang dari kita, kerana negara kita adalah lubuknya" kata Radin Umar. Menariknya PABM 2009 kali ini juga berlangsung ketika negara berada dalam kekalutan mengenai perdebatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pastinya ada yang mengaitkan, jika bangsa asing sangat berminat untuk mendalami bahasa Melayu, mengapa PPSMI pula dilihat menyongsong arus?
Bagi Radin Umar, beliau mempunyai pandangan yang sangat jelas iaitu pada penghujungnya graduan terutamanya bangsa Melayu perlu kembali kepada realiti sebenar dunia hari ini.
Kemahiran menguasai bahasa antarabangsa ujar beliau, adalah perkara universal yang tidak boleh dipandang enteng. Ia adalah satu keperluan pada masa ini.

Jatuh bangun atau maju mundur sesebuah bangsa turut bergantung kepada kemampuan anak bangsanya menguasai kemahiran dalam pelbagai bahasa. Oleh itu katanya, dasar PPSMI perlu bergerak seiring dengan usaha memartabatkan bahasa Melayu. Lebih baik, graduan Melayu juga mampu menguasai bahasa ketiga sama ada bahasa Mandarin, Tamil atau bahasa Arab yang merupakan antara bahasa utama ekonomi dunia ketika ini.

Kemahiran itu sangat penting untuk menembusi pasaran kerja terutamanya di peringkat multinasional. Berpeluang berdialog dengan pihak industri tambah beliau, memberikan gambaran sebenar mengenai kualiti graduan terutamanya di kalangan bangsa Melayu.
Antara yang paling ketara ialah kegagalan menguasai kemahiran berkomunikasi termasuk bahasa Melayu sendiri, apatah lagi bahasa Inggeris dan juga bahasa lain yang boleh menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam dunia pekerjaan.


(dipetik daripada :
rencana@utusan.com.my oleh Mohd. Khuzairi Ismail)

Strategi Menjawab Soalan Tatabahasa SPM

KESALAHAN TATABAHASA


Peringatan kepada pembaca,

1. Lazimnya terdapat 2 kesalahan dalam satu ayat.
2. Salin semula ayat dan betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat tersebut.
3. Garis jawapan yang anda telah betulkan kesalahan
4. Jangan ubah struktur ayat berkenaan.


Jenis-jenis kesalahan yang lazim dikemukakan dalam soalan

1. Kesalahan perkataan atau kosa kata.

Contoh;

Ahmad keciwa = sepatutnya kecewa (kesalahan ejaan)

Pelancung = pelancong (kesalahan ejaan)

Perabut = perabot.(kesalahan ejaan).

Pergi melancung = sepatutnya melancong
(kesalahan penggunaan perkataan)

Tinggal di pendalaman = sepatutnya pedalaman (kesalahan
penggunaan perkataan)

2. Kesalahan frasa mengikut hukum D – M.

Dalam bahasa Melayu hukum D (unsur yang diterangkan) merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan yang pertama dan M (unsur yang menerangkan) hadir pada kedudukan yang kedua dalam frasa ayat

Contoh;

Cili sos = sepatutnya sos cili

Nusantara Restoran = sepatutnya Restoran Nusantara

Mini bas = sepatutnya bas mini

Kredit kad = sepatutnya kad kredit



3. Perkataan orang, kaum, keturunan, bangsa, bahasa dan suku kaum mesti digunakan apabila kita hendak menyebut sesuatu kaum, suku kaum, bangsa, keturunan atau bahasa.

Contoh,

Penduduk negeri Johor kebanyakannya Melayu (salah)
Penduduk negeri Johor kebanyakannya orang Melayu (betul)

Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (salah)
Bangsa Cina pernah menjadi bangsa yang bertamadun (betul)

Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (salah)
Kaum Melayu, Cina dan India ialah kaum yang terbesar di negara ini (betul)

Bahasa yang digunakan itu ialah Melayu, bukan Inggeris (salah)
Bahasa yang digunakan itu ialah bahasa Melayu bukan bahasa Inggeris (betul)

Sarawak telah lama didiami oleh Iban (salah)
Sarawak telah lama didiami oleh kaum Iban (betul)

4. Kesalahan makna ayat yang tidak jelas.

Contoh;
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga memerlukan teknik sinar-X untuk mengkajinya.(salah)
Tanah liat ialah mineral silikat paling halus sehingga untuk mengkajinya diperlukan teknik sinar-X. (betul)


5. Kesalahan ayat yang tidak mempunyai subjek.

Contoh;

Ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur cuma berjumlah
RM2.00 sekilo (salah)

Hal ini dapat dilihat pada harga belimbing besi di Kuala Lumpur, iaitu berjumlah RM2.00 sekilo (betul)


6. Ayat tergantung.

Contoh;

Penjenayah itu dijatuhi oleh hakim. (salah)
Penjenayah itu dijatuhi hukuman oleh hakim (betul)


7. Kesalahan penggunaan bahasa yang tidak sesuai mengikut taraf sosial seseorang.

Contoh;

Baginda berucap kepada pembesar negeri (salah)
Baginda bertitah kepada pembesar negeri (betul)

8. Kesalahan frasa kerja yang kata kerja transitif tidak diikuti oleh penyambut (objek).

Contoh;

Ali melukis untuk dihadiahkan kepada kakaknya (salah)
Ali melukis gambar untuk dihadiahkan kepada kakaknya (betul)


9. Kesalahan penggunaan kata sendi nama.

Contoh;

Ketika keluar daripada kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (salah)
Ketika keluar dari kelas 5 Teratai, saya terlanggar gadis itu (betul)

10. Kesalahan penggunaan kata jamak.

Contoh;

Kebanyakan guru-guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (salah)
Kebanyakan guru lelaki telah dihantar ke kawasan luar bandar (betul)


11. Kesalahan penggunaan kata ganda.

Contoh;

Perdana Menteri-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok. (salah)
Perdana-Perdana Menteri negara ASEAN sedang bermesyuarat di Bangkok (betul)

12. Kesalahan penggunaan kata imbuhan.

Contohnya;

Kerajaan sedang memperbesarkan jalan raya di kampung itu (salah)
Kerajaan sedang memperbesar jalan raya di kampung itu (betul)


Contoh-Contoh

Penggunaan Kata, Frasa Dan Ayat

• Ada berbagai barang di kedai itu. (salah)
• Ada berbagai-bagai barang di kedai itu. (betul)
• Ada pelbagai barang di kedai itu. (betul)

• Ali dihadiahkan sebuah buku harian. (salah)
• Ali dihadiahi sebuah buku harian. (betul)

• Di antara mereka yang hadir. (salah)
• Antara mereka yang hadir. (betul)

Sunday, September 27, 2009

~~ SeLaMaT HaRi RaYa @iDiLfItRi ~~


Horeyyy!!!! Raya datang lagi...huhu.. Pekabo sume kengkawan??seronok x sambut raya puasa thun nie?mst best kn?? time2 cmnie la nk kumpul wet raya, nk jmpe kwn2 lama..n nk bersihkn dosa....huhu..ade gak kengkawan yg mengambil kesempatan di bulan berkat ni dengan mnghias cincin d jari..wat insan2 tersebut...tahniah n semoga berkekalan...berbahagialah hendaknya yea...doakan untk driku juga yg bakal menyusul kalian dibelakang...hahahaha...insyaAllah...
Haaa... dikesempatan ini juga wat sume kengkawan x kire la dr zmn skola hingga skg...ku pohon seribu kemaafan jika ada terkasar bahasa, terguris perasaan, gurau senda yg terlampau (klu ada la...huhu) dan ape2 j la erk....halalkanlah mkan n minum...
p/s : hummm...xpuas raseny sminggu bcuti raya. cm nk smbung ag gamaknya..isk3... :-) ingt2..exam dh nk dekat...hukhuk

Friday, September 11, 2009

~~~ AsaL UsUL BahAsa MeLayu~~~

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

LanJut : http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm