Sunday, August 30, 2009

~~~KerLiPaN CiNTaKu~~~


Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya

Saturday, August 22, 2009

FadhiLat RamaDHaN...

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

~~ULaNg TahUn KeLaHiRaNKu~~



19 OgoS datang lagi...huhu..tarikh bermakna dalam hidupku. Usia dh meningkt lagi...ini kali ke 3 aku smbut hari jadi d UPSi...hmm, tiap2 thun macam2 perkara yg blaku dalam hidup, tiap2 tahun jgk mcm2 smbutan aku trime dr kawan2 dan insan tersayang...thank you so much pd 3 org sahabat baik ku atas hadiah ulang tahun itu..aku betol2 skeknny... Untuk insan tersayang, terima kasih atas segalanya. moga impian dan cita2 kte menjadi kenyataan...x sabr nk tggu saat bmakna tue..huhu.. untuk teman2 serumah dan teman2 JMK KHAR sesi 2009/2010 jgk..thanx atas atas smbutan tersebut...kek yg cntik n sedp tue....huhu..wat teman2 yg turut menyambut ulang tahun dalam bulan 8 ni...Selamat UlangTahun Kelahiran Buat kalian...Semoga Ulang tAhun Kli ini menjadi UlangTahun Yg bermakna dan djadikan kenangan sepangjang hayat. Luv u All...










Thursday, August 13, 2009

C.I.N.T.A ????


CINTA???

BILA BERCAKAP TENTANG CINTA BANYAK YANG BOLEH KITA BANGKITKAN. SESETENGAH ORANG AKAN KATA CINTA ITU MENGGEMBIRAKAN, MEMBAWA BAHAGIA. SESETENGAH ORANG PULA AKAN BERKATA CINTA ITU MENYAKITKAN, MENYEKSAKAN DAN BANYAK LAGI. ADA YANG POSITIF DAN ADA YANG NEGATIF.TAPI TAK KIRALAH NEGATIF ATAU POSITIF SETIAP OARANG PASTI AKAN MENGALAMI PERASAAN CINTA SAMA ADA DICINTAI, MENCINTAI ATAU APA SAHAJA.

DAN ADA JUGA YANG TIDAK PERNAH SERIK UNTUK BERCINTA. PERASAAN ITU TIDAK PERNAH LARI DALAM DIRI SETIAP MAKHLUK CIPTAAN TUHAN. CINTA….CINTA…CINTA….TAK KIRA TUA ATAU MUDA SEMUA HEBAT BILA MEMPERKATAKAN TENTANG CINTA. SAYA JUGA TIDAK TERLEPAS DARI PERASAAN CINTA. TIPU KALAU SAYA KATAKAN SAYA TAK ADA PERASAAN ITU, TIPU JUGA KALAU SAYA KATAKAN YANG SEKARANG SAYA TIDAK DILAMUN CINTA.TAPI JANGAN SALAH ANGGAP TENTANG CINTA.

CINTA????

CINTA TU BANYAK MAKSUDNYA. CINTA ITU BUKAN HANYA SESAMA MANUSIA SAHAJA. BAK KATA KUMPULAN UNIC… “cinta itu pada yang Esa, cintakan bunga, bungakan layu,cintakan manusia, manusia kan pergi, cinta yang di hati, kasih sayang yang hakiki”. HMM…TAK SALAH KITA BERCINTA SESAMA INSAN, TETAPI IA ADA HAD DAN BATASAN…ASALKAN KITA TIDAK TERLALU TAKSUB DAN MEMUJANYA.

TAK SALAH KITA MENUNJUKKAN KESETIAAN TAPI BERPADALAH DALAM SETIAP PERLAKUAN DAN TINDAKAN AGAR IA TIDAK MEMBAWA KEPADA KEKUFURAN.

PENGALAMAN BANYAK MENGAJAR SAYA DALAM ERTI BERCINTA. MAKSUD SAYA KALI INI TENTANG CINTA SESAMA MANUSIA. MANUSIA YANG DICIPTAKAN TUHAN DIKURNIAKAN DENGAN PELBAGAI RAGAM DAN PERANGAI. NAK TAHU???

CINTA MAMPU MEMBUATKAN KITA BERTINDAK DILUAR DUGAAN DAN KAWALAN. ADA ORANG YANG SANGGUP BERMATIAN, BERSAKITAN, BERKORBAN DAN MENDERITA KERANA CINTA. KERANA CINTA MANUSIA SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN DIA DAPAT MEMPEROLEHI APA YANG DIHAJATI.

WAJARKAH MEREKA BERTINDAK SEDEMIKIAN RUPA???

JIKA DIFIKIR SECARA MATA KASAR, PERLAKUAN INI MEMANG TIDAK WAJAR…TAPI HAKIKATNYA, HANYA ORANG YANG BENAR-BENAR MENGALAMINYA CINTA ITU SAHAJA YANG MAMPU MENJAWAB PERSOALAN ITU. SAMA ADA TINDAKAN ITU WAJAR ATAU TIDAK…

SAYA TERTARIK PADA KATA-KATA TEMAN SAYA YANG MENGULAS TENTANG CINTA. KATANYA ”Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta disitu ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan”.

KEGAGALAN DALAM BERCINTA BANYAK MENGAJAR SAYA, APA ITU ERTI KESABARAN, KETABAHAN DAN KECEKALAN HATI. SAKIT??? MEMANG SAKIT BILA KITA KECEWA DALAM BERCINTA. WANITA BERJIWA SENSITIF. KEGAGALAN DALAM BERCINTA PASTI AKAN MENINGGALKAN KESAN YANG MENDALAM DALAM DIRI MEREKA. SAYA JUGA TIDAK TERKECUALI. HATI MANA YANG TAK SAKIT KALAU ORANG YANG DIPERCAYAI, ORANG YANG DISAYANGI MENGKHIANATI DIRI. TIPU KALAU ADA YANG KATA TIDAK. ITU TANDANYA DIA TAK IKHLAS DALAM BERCINTA. ITU TANDANYA CINTA DIA,’ JUST FOR FUN’. TAPI JANGAN JADIKAN KEGAGALAN ITU SATU TITIK PENGAKHIRAN. MUNGKIN TUHAN SUDAH TAKDIRKAN ITU SEMUA DAN DIA BUKAN DIKURNIAKAN UNTUK KITA. KADANGKALA TUHAN AKAN TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH TERLEBIH DAHULU, SEBELUM KITA BERTEMU DENGAN PASANGAN KITA YANG SEBENAR. HWO KNOWS???….JANGAN SESEKALI SALAHKAN TAKDIR…DAN JANGAN SESEKALI KITA BERDENDAM. IA TIDAK AKAN MEMBAWA APA-APA MAKNA ATAU PULANGAN YANG BAIK. INGATLAH PESAN NABI YANG PERNAH BERPESAN KEPADA HAMBANYA “ BALASLAH SETIAP KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN”. SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU KE ATAS DIRI KITA ADA HIKMAHNYA. JANGAN HANYA MENYESALI KESILAPAN YANG LALU TAPI PERBAIKILAH DAN PELIHARALAH PERIBADI KITA SEKARANG AGAR KESILAPAN LALU TIDAK BERULANG LAGI.

BAK KATA PEPATAH MELAYU JANGAN PISANG BERBUAH DUA KALI.

“Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, CINTA itu adalah CINTA.” SAYA SETUJU DENGAN KATA-KATA TEMAN. USAH SALAH TAFSIRKAN KATA MINAT, SUKA, SAYANG DAN CINTA. PERKATAAN-PERKATAAN INI PADA DASARNYA NAMPAK SEPERTI MEMBAWA MAKNA YANG SAMA TETAPI IA BERBEZA SAMA SEKALI. SUKA TIDAK BERERTI SAYANG, SAYANG TIDAK SEMESTINYA CINTA DAN CINTA PULA TIDAK SEMESTINYA SEGALANYA MILIK KITA. UNTUK APA MELAFAZKAN KATA CINTA, JIKA KITA SENDIRI TIDAK TAHU MAKNA SEBENAR CINTA, USAH MELAFAZKAN KATA CINTA JIKA TIDAK TAHU MENGHARGAI. JANGAN TABURKAN SEBARANG JANJI KALAU KITA SENDIRI TIDAK PASTI AKAN KESUDAHAN CINTA ITU. HANYA SEORANG PENDUSTA YANG TERGAMAK MEMPERALATKAN PERASAAN CINTA, MEREKA BUKAN SEORANG PENCINTA. SEORANG PENDUSTA YANG HANYA MENUNDING JARI KE ARAH ORANG LAIN ATAS SEGALA KESILAPAN YANG BERLAKU PADA CINTA MEREKA.

KESEMPATAN INI, SAYA NAK BERPESAN PADA TEMAN-TEMAN, BERKAWANLAH SELAGI ADA HATI, BERCINTALAH SELAGI ADA YANG SUDI, TITIPKAN PERCINTAAN ITU DENGAN SETULUS KASIH YANG SUCI DAN CINTA ITU BIARLAH BERLANDASKAN KEIMANAN SUPAYA IKATAN ITU AKAN DIBERKATI ILAHI. IKHLASKANLAH HATI ANDA KERANA RASA CINTA ADALAH SATU ANUGAERAH TUHAN PADA HAMBANYA….TAPI APA YANG LEBIH UTAMA “ CINTAILAH ILAHI KERANA ITU CINTA YANG HAKIKI……”

“maafkan saya jika dalam penulisan ini ada hati2 yang terguris atau tersentuh.kesalahan itu datangnya atas kekhilafan insane kerdil ini yang sekadar meluahkan apa yang tersirat dihati dan berkongsi bersama teman2 pembaca”.

SEKIAN…





Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini. Marilah kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan. Jangan segan-segan atau ragu untuk meninggalkan comment atas pandangan anda...uhuhu...