Wednesday, January 20, 2010

~ Jgn Hati Ini Kau Lukai~

Kala ini, hatiku sedang bersedih..tp ble tbce ayat2 ni..tdiam aku n bfikir sketika..kita renungi bersama...

Apa yang dapat mengobati hati bila kita mendapatkan masalah dalam menjalani hidup ini? Al Qur’an adalah obatnya. Beberapa pertanyaan hati yang biasa dihadapi oleh manusia sebagai berikut :

Kenapa aku dijuji? Surah Al-Ankabut ayat 2-3. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahuiorang-orang yang dusta.

Kenapa aku tidak mendapatkan apa yang aku idam-idamkan? Surah Al-Baqarah ayat 216. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Kenapa ujian seberat ini? Surah Al-Baqarah ayat 286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Rasa Kecewa? Surah Al-Imran 139. Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajadnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Bagaimana aku harus menghadapinya? Surah Al-Imran ayat 200. Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. Surah Al-Baqarah ayat 45. Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.

Apa yang aku dapat dari semua ini ? Surah At-Taubah ayat 111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.

Kepada siapa aku berharap? Surah At-Taubah ayat 129. Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.


Moga kata-kata itu, menjadikan kita sentiasa mengingati Allah dan tidak terlps dr pegangan kita iaitu Al-Quran & As Sunnah...Amin..

Sunday, January 17, 2010

~ HaSiL KreAtiVitiKu~






Sebenarnya aku hasilkan ini untuk ditujukan pada seseorang..sma ada dia bce or x..tpulg la..lgpn ia sekadr untuk mngisi mse yg tluang..walaupn hakikatny, aku x puny byk mse..huhu..mane xny, byk keje yg mnanti.. tp dlm hati, sntiasa ade mse utk dhe...
AniLza DeHeaRty,
18 Jan 10'
(01.16am)



Saturday, January 16, 2010

KeTiKa CinTa BerTasBIH....


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kuserahkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu
Maha Cinta Suda di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta


SaLam Sejahtera pembaca semua. Saja sy ambil peluang ini untuk mengungkapkan tentang CINTA. FiLem KetiKa Cinta Bertasbih 1&2...Mungkin ada yang dh tgk, dan mungkin ada juga antara kalian yang belum berkesemptn mnonton filem yang ditulis asalnya oleh Habiburrahman ini.
Menarik!!! Ambil La Peluang Untuk menonton filem ini..huhu, mmg belom dtayangkan di Malaysia, tp sy tonton di internet la. Dlm cerita ni byk pgjrn yg bole diambil..bukan dr segi negatif, tp dr segi positif. berkaitan jodoh misalnya. Dalam filem cerita ini agk ringkas, tp klu nk yg lbh jelas tentang cinta AZZaM & ANNa...Beli or bce la NoVeLny.. pasti ada yang mengalirkan air mata..hahaha..sape yg tahu jdoh kte dgn siapa kn??? mungkin orang jauh..mungkin jg org dekt, bahkan kwn2 sndr.. Takdir Allah.. xde sape yg dpt halang, dtg n pergi seseorg dlm hidup kte, mungkin ada hikmahny... kte mnusia hanya mampu merncg... tawakal pd Allah.. tp jgn hanya tau bertawakal tp tiada usaha pn tak menjadi jg.. mari renungkan kata2 ini...



* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


:-) Kata-kata HAMKA bahawa:-“cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.”

:-) Kata HAMKA lagi, “cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis tali sedan tapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan”


P/S : sy tertarik dgn kata2 ini, mungkin bole jd penguat dlm dri sy yg jg slh seorg yg sering ttny2 tntg cinta dlm hidup sy..



luv,

NI'Na -17 Januari 2010 (05.29am)

Thursday, January 14, 2010

Isu PostinG : LebiHaN PendidiK???

Maklumat ini diambil di Portal Kementerian Pelajaran Malaysia...Untuk Para Pelajar UPSI & IPT yang mengambil jurusan pendidikan, bacalah... Mungkin menjawab segala kemusykilan yang melanda kita..tetapi fikir2kan dan renung2kan...

Berita Harian bertarikh 4 Januari 2010 - LEBIHAN PENDIDIK TIDAK PATUT BERLAKU
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 4 Januari 2010 (LEBIHAN PENDIDIK TIDAK PATUT BERLAKU).

Untuk makluman, pada Januari 2010, dianggarkan terdapat kekurangan sebanyak 11,238 guru di Sekolah Menengah setelah mengambil kira penempatan calon guru lepasan program yang tamat November/Disember 2009 iaitu DPLI seramai 1,136 dan B.Ed (TESL) seramai 250 orang. Manakala di Sekolah Rendah terdapat kekosongan jawatan guru sebanyak 5,211 setelah mengambilkira penempatan calon guru lepasan Program KPLI yang tamat pada November/ Disember 2009 seramai 5,976, PISMPK seramai 1,387, B.Ed (TESL) seramai 250 dan keluaran IPTA Pendidikan Rendah/Pra Sekolah 171 orang. Oleh itu, secara keseluruhannya, pada ketika ini lebihan guru tidak timbul sama ada di peringkat Menengah atau Rendah.

Kesukaran atau kelewatan penempatan guru mungkin disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

a. Penempatan guru oleh BPSH, BPI, BPTV dan BP Khas dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kelompok graduan daripada pelbagai IPTA dan keperluan opsyen guru di sekolah. Hal ini berikutan ketidakseragaman tarikh tamat pengajian dan kelulusan Senat IPTA berkenaan. Untuk makluman, akan terdapat Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan dan B.Ed (TESL) pada 25 Januari 2010.

b. Guru Lepasan IPTA perlu melalui temuduga dan Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih. Temuduga tersebut antara lain bertujuan memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Guru yang mendapat CGPA terlalu rendah mungkin tidak akan dilantik.

c. Perlantikan guru dibuat dengan meberi keutamaan kepada opsyen yang kritikal terlebih dahulu.
d. Bagi peringkat rendah, sebilangan guru sukar/lewat ditempatkan berikutan keengganan Sekolah Jenis Kebangsaan menerima guru-guru yang tidak berkelulusan Mandarin walaupun bagi Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6). Sebagai contoh, terdapat lebihan 7,580 guru opsyen Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sedangkan masih berlaku kekurangan 1,415 guru Bahasa Melayu di SJK(C) dan 545 guru Bahasa Melayu di SJK(T).

Unjuran keperluan guru bagi bekalan Sekolah Menengah dikemukakan kepada KPTM bagi tempoh 5 tahun mulai Ambilan 2007 – 2011. Walau bagaimanapun, semakan unjuran ambilan dibuat pada setiap tahun berdasarkan perkara-perkara berikut:

a. Kelulusan Anggaran Belanja Megurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA) yang diperolehi dari setahun ke setahun.

b. Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-peringkat. Sehingga tahun 2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas di peringkat Menengah telah diperolehi bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan norma 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas Tingkatan 6.

c. Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru seperti peluasan pra sekolah dan memperkasa mata pelajaran Teknik, Vokasional dan Kemahiran.



UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
8 JANUARI 2010

~ NukILaN HeArTy~

Manusia kerdil ciptaan Tuhan,
Jangan lupa untuk bersyukur,
Setiap kurniaan yang diberikan,
Jangan lupa memberi pujian,
Setiap nikmat yang dirasakan,
Setiap kejadian yang diperlihatkan,
Apa yang pasti,
Punya hikmat disebalik kejadian...

Manusia kerdil ciptaan Tuhan,
Jangan alpa dengan keindahan,
Keindahan di dunia hanya sementara,
Jangan berduka dengan kesakitan,
Kesakitan di dunia pengubat dosa,
Setiap yang datang dan pergi,
ada sebabnya,
Berbaliklah pada Yang Esa..
Kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui segalanya....

Ya Allah...
aku hanya insan biasa,
yang sering melakukan dosa & kesilapan,
sama ada ku sedari atau tidak,
Ampunkanlah dosa2 hambaMu,
Kerana sesungguhnya,
Engkaulah Yang Maha Pengampun..

Ya Allah,
Aku hanya insan biasa,
Punya keinginan & kemahuan,
Aku memohon menadah tangan,
Berikanlah aku cahaya keredhaanMu,
Semoga aku dapat menjalani kehidupan di dunia ini
dengan penuh ketakwaan sebagai hambaMu..

Ya Allah,
Sesungguhnya, Engkaulah Maha Pemberi, Maha Pengampun dan Penentu di setiap kejadian...

anilZa deHearty,
15 Januari 2010 (3.27am)

Monday, January 4, 2010

TahuN Baru...

5 Januari 2010...



Hari berganti hari, tak sedar kite dh msuk Tahun 2010...tggl sthun j lg utk aku tamatkn pengajian di sini...sungguh cepat masa berlalu...hampir 3 tahun aku di sini mengorak langkah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar...dlm tempoh itu juga, byk ranjau yang aku tempuhi dan pahit manis kehidupan terus aku alami... dari seorang pelajar yg bru tamat sekolah menjejakkan kaki ke alam universiti sehinggalah kini aku bergelar seorang mahasiswi yang berdiri gah dlm kepimpinanku sndri... berjayakah aku???? Wahlahualam..selagi tak tamat pelajaran di sini aku x dpt nk menjangkakan segalanya...



Dari sehari ke sehari, macam-macam dugaan yang aku laluan. Sama ada sabar atau tidak, aku tetap perlu bersabar. Kalau tak sabar, aku juga yang rugi. Bukan orang lain. Huhu.. Inilah yang dinamakan hidup. Ada ranjau yang sentiasa menanti.. kalau tahan dan berani, kita takkan tercedera, tapi kalau tak tahan, tak berani, alamatnya tersungkurlah... lebih-lebih lagi bila dah melangkau ke tahun baru nie. kita tak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Entahkan baik entahkan buruk. apalah nasib kita nnt. Yang pasti, tetapkan azam dan matlamat diri. Jangan mudah mengalah dan beralah.. bukan xperlu beralah langsung, tetapi bergantung pada situasi.

Untuk diri aku sendiri, tahun ni tahun ke dua akhir aku di UPSi ni. Apa yang pasti aku kena lebih mantapkan diri. Tak kira la dari fizikal & mental. Hmm.. Azam yang tertanam perlu aku ditunaikan. Jangan hanya azam tinggal azam.. Amanah yang aku terima perlu juga aku laksanakan. Ya, Aku tak boleh persiakan... Moga-moga, Tahun baru 2010 ni memberikan aku semangat yang baru dan membawa aku ke jalan yang lebih sempurna. Kejayaan Menanti di hadapan. Pasti! Akan ku orak langkah yang gagah ke arahnya....Amin.. InsyaAllah....