Thursday, January 14, 2010

Isu PostinG : LebiHaN PendidiK???

Maklumat ini diambil di Portal Kementerian Pelajaran Malaysia...Untuk Para Pelajar UPSI & IPT yang mengambil jurusan pendidikan, bacalah... Mungkin menjawab segala kemusykilan yang melanda kita..tetapi fikir2kan dan renung2kan...

Berita Harian bertarikh 4 Januari 2010 - LEBIHAN PENDIDIK TIDAK PATUT BERLAKU
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 4 Januari 2010 (LEBIHAN PENDIDIK TIDAK PATUT BERLAKU).

Untuk makluman, pada Januari 2010, dianggarkan terdapat kekurangan sebanyak 11,238 guru di Sekolah Menengah setelah mengambil kira penempatan calon guru lepasan program yang tamat November/Disember 2009 iaitu DPLI seramai 1,136 dan B.Ed (TESL) seramai 250 orang. Manakala di Sekolah Rendah terdapat kekosongan jawatan guru sebanyak 5,211 setelah mengambilkira penempatan calon guru lepasan Program KPLI yang tamat pada November/ Disember 2009 seramai 5,976, PISMPK seramai 1,387, B.Ed (TESL) seramai 250 dan keluaran IPTA Pendidikan Rendah/Pra Sekolah 171 orang. Oleh itu, secara keseluruhannya, pada ketika ini lebihan guru tidak timbul sama ada di peringkat Menengah atau Rendah.

Kesukaran atau kelewatan penempatan guru mungkin disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

a. Penempatan guru oleh BPSH, BPI, BPTV dan BP Khas dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kelompok graduan daripada pelbagai IPTA dan keperluan opsyen guru di sekolah. Hal ini berikutan ketidakseragaman tarikh tamat pengajian dan kelulusan Senat IPTA berkenaan. Untuk makluman, akan terdapat Penempatan Lepasan Diploma Pendidikan dan B.Ed (TESL) pada 25 Januari 2010.

b. Guru Lepasan IPTA perlu melalui temuduga dan Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) sebelum dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih. Temuduga tersebut antara lain bertujuan memastikan guru-guru yang dilantik memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Guru yang mendapat CGPA terlalu rendah mungkin tidak akan dilantik.

c. Perlantikan guru dibuat dengan meberi keutamaan kepada opsyen yang kritikal terlebih dahulu.
d. Bagi peringkat rendah, sebilangan guru sukar/lewat ditempatkan berikutan keengganan Sekolah Jenis Kebangsaan menerima guru-guru yang tidak berkelulusan Mandarin walaupun bagi Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6). Sebagai contoh, terdapat lebihan 7,580 guru opsyen Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan sedangkan masih berlaku kekurangan 1,415 guru Bahasa Melayu di SJK(C) dan 545 guru Bahasa Melayu di SJK(T).

Unjuran keperluan guru bagi bekalan Sekolah Menengah dikemukakan kepada KPTM bagi tempoh 5 tahun mulai Ambilan 2007 – 2011. Walau bagaimanapun, semakan unjuran ambilan dibuat pada setiap tahun berdasarkan perkara-perkara berikut:

a. Kelulusan Anggaran Belanja Megurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA) yang diperolehi dari setahun ke setahun.

b. Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-peringkat. Sehingga tahun 2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas di peringkat Menengah telah diperolehi bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan norma 2.0 kepada 2.5 guru bagi setiap kelas Tingkatan 6.

c. Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru seperti peluasan pra sekolah dan memperkasa mata pelajaran Teknik, Vokasional dan Kemahiran.



UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
8 JANUARI 2010

No comments:

Post a Comment