Saturday, November 12, 2011

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

(gambar hiasan)

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
See More

Dipetik drp shabat rakan Fb...sbg renungan & info bersama...

Thursday, September 8, 2011

~Dunia Kerja~

Dlu mse zaman blaja, sume sibuk ckp “bila la nk habis blaja, letih blaja. Tak sabr nk msuk alam pekerjaan pulak.” Tapi bila dh msuk alam alam pkerjaan msing2 mngeluh keletihan, xsanggup nk hdapi bermacam2 dugaan yang datang. Tapi nk wat mcm mne kn? Ble dh keje nie nk tak nk ttp kne teruskn. Xley nk stop…. Klu bhenti kerja nk makan ape plak? Hurm… lumrah dunia kerja la, berhadapan dgn mnusia yg berbagai ragam, yg mcm2 perangai. Adakalanya kte x terpikir ad mnusia yg seteruk itu di dunia ini… teruk mcm mne??? Teeeeeeettt!!!! Fikir la sndr…

Dunia blaja sudh tamat.. skg masa utk menempuh alam kerja pula. Aku kerja ape? Hurm….agak2 ape pkrjaan yg kena ngn naluri hatiku?hahahaha…dh tntu la aku kembali kea lam pkerjaanku sblm aku ke university dlu… Kerani?receptionist? bukan la… pengasuh di taska. Dlu aku try keje di salah sebuah taska di Kulai, Johor then taska di Taman Tun Aminah, Skudai….skg dekat j, kt Kota Jaya, Kota Tinggi nie j…hehehe. Dekat? Mmg dekat ngn umah aku. X jauh sbb aku saje mik peluang nie, sblm aku pegi jauh nnt. Mne la tau kn, tup2 kne posting kt sbh or srwk ke kn? Sape nk duga? X sape tau….

Seronok?hurm… bole la. Aku ske sbb keje nie x jauh lari dr profesion aku, pendidik dan pengasuh. Ok la tu kn? Tp ramai org x ske, sbb gji x setimpal dgn tenaga yg kluar. Tp xpe la, as long as aku enjoy, aku ikhlas, sume tu x jd mslh..huhuhu tanamkan dlm dri, bkerja jgn berkira dan ikhlaskn dri dlm stp pkra.... bkn ke bgitu yg sebaikny?huhu baru la berkat rzeki yg dterima... InsyaALLAH...


Friday, September 2, 2011

~ HaRi Raya 2011 ~

Alhamdulillah...aku berpeluang lagi meraikan kedatangan syawal yg mulia ini....seronok raya tahun nie. Lme aku dan family menghabiskan cuti beraya dikampung halaman...seronok bercuti selamat 3 ari di kampung halamanku..Batu Pahat, Johor....

Kami bergerak balik pg raya, lepas abah n abang2ku pulang sembahyang raya & menziarahi pusara nenda kesayanganku.... perjalanan agak lancar sepanjang perjalanan dr Kota tinggi ke Batu Pahat.. nasib abahku menggunakan perkhidmatan "Touch n Go" tak payah nk beratur pnjg utk bayar tol...huhu... tp jalan agak sesak ble dh masuk ke area "Air Hitam". terpksa pulak mengharungi trafik light yg bezaman yang amat lamanya...hahhaha...tp akhirnya smpai jgk ke kg halaman ku di sebelah emak yg merupakan tempat persinggahan tetap kami bila pulang ke kg, Kg Parit Moin 2....hehehe...seronoknya..sy ske suasana kg..nyaman n tenang..

3 ari di sna, byk rumah sanak saudara kami pergi..konvoi rmai2...genap 3 ari..kami pulang semula ke rumah kami di Kota tinggi...walaupn xjauh..tp kmi jarang dapat balik ke sana...sedey ble dh nk blik smule nie...tah ble nk g lg...hehehhee... xpe..akan dicri mse yg sesuai utk pulang semula ke kg halaman terchenta...

Tuesday, August 23, 2011

SyawaL bertaNdaNg LaGi.... APa ada Di haTi...???

Tinggal 5 hari lagi syawal akan menjelma.. Puaskah hati berpuasa di bulan ramadhan kali ini? Adakah seperti tahun2 sebelumnya? Andai 3 tahun dahulu, aku menyambutnya dengan penuh ceria... Begitu juga tahun seterusnya. Namun masuk tahun ketiga.. Aku dilanda kehancuran... gelapnya dunia hari rayaku... Walaupun gembira n ceria disamping teman2 dan keluarga... Tapi disebalik sekeping hati kecilku... Aku menangis kehibaan. Meratapi sebuah perpisahan. Orang yang aku sayangi pergi meninggalkan diri hanya atas alasan yang kurasakan xpasti. Goyah dan dunia terasa gelap. Ya, itu yang aku rasa. Aku hilang keyakinan, hilang keceriaan, hilang dunia yang aku rasakan kembali mendung dan menanti hujan lebat menimpa bumi tiada henti...

Sakit, melalui hari2 tanpa insan yang aku sayangi itu. Namun aku terus abadikan setiap kenangan di hati. Menatap wajah itu yang menghiasi skrin laptop??? hanya bisa dipandang sepi.tiada senyuman balas, tiada ucapan sayang, tiada kucupan ikhlas. aku belajar redha menerima takdir DIA... tp hati aku sering degil dan kuat menyatakan dhe akan kembali. Aku terus menanti n menanti. Ya, dhe kembali, walaupun sekadar teman yg memujuk menghalau kesepian ati. Setiap kali aku mendengar suaranya, air mata seakan ingin menitis laju. tapi ku tahan juga. pedih...seksa.Inilah agaknya balasan Tuhan utk aku. Tapi aku benar2 bingung, adakah tiada nilai cinta aku pd dhe, maruah n kedudukan yg terletak diparas paling bawah. seolah dipijak dan ditinggalkn.... itu yang aku rasa.

Orang kata aku bodoh, menanti sebuah cinta yang tak pasti, kawan2 marah kerana aku terus berharap pd orang yang langsung tak hargai aku. marah2 kata marah mereka pd aku. tapi disebalik kemarahan mereka aku tahu, mereka sayang aku. mereka turut terluka melihat aku terluka. pedih atiku, ati mereka turut terasa. Itulah sahabat2ku. Ummi, ko tak pernah jemu bagi kata-kata semangat pada aku. Hanya kau yang tahu apa yang aku rasa dan aku alami. Kau x pernah menjauh. Saat aku perlukan seorang teman... kau ade di cc. Terima kasih sahabat, kau sering kata aku seorang yang kuat n sabar. Tapi hakikat aku tak seperti yang engkau sangka. Bangun malamku dengan air mata....

2011, Akhirnya tiba...saat2 akhir aku di samping teman2. saat terakhir aku di sana. Tahun ni, tahun bahagia, berakhir segala derita sebagai pelajar. Aku pernah cakap, aku nak smbut hari bahagia ku dgn insan yg paling aku sayang. tp aku kena akur, dhe bukan lg milik aku, dhe xkn dpt hadir utk memenuhi impianku. aku redha... biarpun kesal n kecewa masih ade dlm hati aku. senyum bahagia tetap gagal aku wujudkn di bibir ini. namun, aku tetap besyukur, aku berjaya laluinya dgn sabar.

Saat ini, kau benar2 kembali pdku. seperti yang aku harapkan dlu. Namun, bila segala kebenaran aku ketahui, apakah kau pasti dengan hati aku? Aku??Ya, hati aku betul2 hancur dgn kebenaran itu. Apa yang kau rasa andai kau ditempatku? Apa yang akan engkau lakukan? Keyakinan???keyakinan aku yang hilang... dimana harus aku kutip kembali?

Ya, Aku bersyukur, kerana kau masih lagi ingin kembali kepada diriku yang telah kau buang dahulu. Aku terima, kerana aku mmg masih cinta & sayangkan dirimu. bukan kerana apa, hanya sekadar dirimu. bukan lain dri itu. mungkin kau x thu, tapi aku tahu, kerana AKU MENCINTAI KAMU KERANA ALLAH mengurniakan kamu utk aku. bukan sebab lainnya. itu yang aku mahu kamu faham... itu yg hadir dlm driku sedari dlu. Namun, adakah kau juga mencintai seperti mana aku mencintai n menyayangimu?

Sayang salahkah aku mencintaimu?sayang, adakah cinta yang kembali ini juga bakal pergi lagi seperti dlu? andai aku tidak dapat memenuhi permintaanmu,adakah hatimu kembali berpaling lg? bersediakan aku melaluinya sekali lagi? terlalu banyak persoalan yang terungkai dihati tapi tidak dapat dilafazkan dibibir ini kerana aku sedar, andai aku lafazkan juga, ia akan mngguris atimu. sayang, malamku, tidurku, hdupku x kn senang andai tercalit luka walau sedikit di hatimu... Ah, adakah kau faham hati aku?

Bagaimana keluargamu?adakah mereka menerima aku?penerimaan mereka pd aku adakah seperti mereka menerima "dhe" dlu dlm hdupmu??? adakah kau berani menegakkn cinta kita andai terbit halangan di masa depan nnt??? aku tiada jawapan itu, selagi kamu masih lagi ragu2... jadi apa yang perlu aku katakan lagi? Kau tidak akan faham apa yang terselit dilubuk hati ini.... Wallahualam...

Friday, August 5, 2011

Saat bahagia itu datang lagi...

Setiap detik waktu
Aku menantimu penuh debaran
Dengan hati yang mekar
Ku intai disebalik awan bebiru
Menanti kehadiranmu Ramadhan
Bulan yang menjanjikan limpahan nikmat dan ganjaran..

Nah, Ramadhan datang lagi
Membawa seribu erti
Kebahagian dan Ketenangan insani
Terasa bahagia menyelubungi hati
Takkan ku biar kau pergi bersahaja
kedatanganmu menemaniku
Mengusir segala sepi dihatiku
Dinihari yang malap kini kian berseri
Dengan tasbih, selawat dan tahmid suci..

Pengabdian diri menjadi inspirasi
bagi jiwaku yang gersang
Kehadiranmu Ramadhan
Cukup mendidik nafsu dan mindaku
Agar melaksanakan Sunnatullah
Menjauhi mungkar dan larangan Allah
Agar jiwa ku yang lahir selepas Ramadhan nanti
Laksana kain kapan yang suci bersih..

Aku bersyukur Ya Allah
Kerana dengan limpah kasihMu
Aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini
Dengan tawaduk ku menadah tangan memohon padaMu Ya Allah
Ampunkan segala dosa-dosa ku dan terimalah segala amalku..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Kehadiranmu cukup bermakna..

Monday, July 4, 2011

BiLa HaTi...

BiLa Hati dipaguT riNdu oleH kenaNgaN lalu,
Aku skadar hanya MaMpu berKata " sabarlah duhaI haTi"
KesePiaN yg terUs meraJai hatI adaKaLanya cuBa mengguGat TindaKaN...
TaNgkas MenCaRi "NiLa" yg smaKin meNghiLaNg...

Di keJaUhan,
MungKin sdG berduka, entahkan baHagia,
Di sini,
terus tetap berDiri..
meNgiringi deNgaN doa TuLus di haTi,
Agar Diri iTu seNtiasa TerpeLihara Oleh saNg PencipTa...

Kutitip salam pada angin,
sampaikan bisikaN rindu itu,
Pada "NiLa" yg membiru,
moga DiriNya taHu,
aKu di siNi sentiasa Merindu,
waLau hakikat yg kuketahui...
Diri ini sudah tidak diperlukan..

Sunday, June 12, 2011

YaNg TiNggaL HaNya KeNaNGaN...

Terdampar aku dalam lautan yg sunyi...
ditemani sekeping hati yg hancur musnah..
sakit menerima satu hakikat yg telah lama cuba disembunyi...
ya...aku harus terus melaluiny..
biarpun sakit luka yg tggl...
Bangkitlah diri..
Jgn biar hati terus menangis lagi...
ayun langkahmu,
pergi jauh,
moga langkah terus ini akan memberikan hati sebuah ketenangan yg abadi..
Diri...
Jangan dikesali lagi...
Jauhi hitam itu utk kau terus berdiri...
Dekati si putih akan perjalannmu akan terus diredhai...

Aku pasrah...
Bumi hijau itu akan aku jejaki..
mungkin di sana nnti, sinar baru akan aku temui...
ku semai bakti, ku tabur budi...
agar aku terus melupai sejarah silam perit sekeping hati...