Monday, January 10, 2011

10 Januari 2011...

Di luar rumah, hujan masih lebat membasahi bumi. Titisannya seolah-olah mengiringi tangisan hati seorang gadis malang ini. Pilu. Sayu. Beginikah akhirnya? Suratan apakah yang tertulis buat hambamu ini? Harus berapa kalikah hatinya akan terus diuji? Dingin angin malam itu, masih tidak mampu menyejukkan sekeping hati yang terluka. Gelap pekat malam mengaburi segenap pandangan di hadapan.

"Ina, benarlah sangkaan aku. Apa yang aku duga benar-benar berlaku. Majlis itu akan berlangsung tidak berapa lama lagi. Sedihnya aku.... "

Begitulah ayat yang aku terima dalam mesej telefon bimbitku petang tadi. Serta merta aku teringatkan dirinya. Segera aku membalas mesej itu. Tapi sayang, aku terlupa yang telefonku telah tamat tempoh aktifnya. Aduh!!! terasa kesal pula di hati. Hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Dari pagi membawa ke petang terus ke detik ini. Apalagi daya aku, hanya balasan mesej di laman facebook yang dapat aku berikan.Semoga engkau menerimanya esok sahabat...

Sahabat,
Aku juga pernah melalui saat itu,
Mungkin situasinya berbeza,
tetapi keadaannya tetap sama.
Kita sama-sama ditinggalkan oleh insan
yang sangat kita sayangi.

Sahabat,
Mungkin engkau tertanya-tanya,
Mengapa itu tindakan yang diambilnya?
Mungkinkah kesalahan yang tidak disengaja atau sebaliknya?
Ataukah hanya kerana alasan orang tua?

Sahabat,
Mungkin saat ini engkau bersedih,
Mungkin saat ini engkau menangis,
Mungkin saat ini engkau merintih,
Biarkanlah...
Biarkan air mata itu mengalir,
Biarkan ia mengalir sehingga ia berhenti dengan sendirinya ....

Sahabat,
Jangan engkau kesali semua itu...
Kerana yang berlaku sudah suratan takdir-Nya...
DIA Maha Berkuasa,
Aku pasti ada hikmah ats segala ujian-Nya...
Kelak suatu hari pasti kita akan mengerti,
Mengapa itu semua terjadi...

Senyumlah sahabat, kerana aku masih di sini..
Sedia sentiasa menemani,
Tidak kira, apa jua keadaan dirimu....


* Kita sangka panas akan bertahan hingga ke petang, rupa-rupanya gerimis di tengahari. Tp, aku sangat pasti, pelangi akan muncul selepas gemiris di tengahari.*

No comments:

Post a Comment