:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::
Jika
kamu memancing ikan......
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah
ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia
akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah
air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar
keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu
menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika
kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH
seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah
kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS
hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu
ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu
tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga
jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa
KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa
kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan
MENYESAL :')
No comments:
Post a Comment