Wednesday, December 29, 2010

Malaysia The BesT!!!

~Skuad HariMaU MALAYA~

Akhirnya, Piala Suzuki AFF menjadi milik Malaysia... Melonjak kesukaan kami yg menyaksikan siaran lgsung perlawanan tersebut... sepanjang perlawanan berlangsung, hati terasa berdebar2.. Walaupn hakikatny memang Malaysia telah sedia ada mendahului negara Indonesia... Ucap syukur tak henti2 bila ternyata, pemain2 Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF kli ini... Alhamdulillah....

Dalam Kegembiraan menjulang Piala Suzuki AFF, tetap terselit kekecewaan terhadap penerimaan penonton2 Indonesia... Banyaknya kata2 cacian mereka terhadap negara kita. Tak sangka begitu sekali penerimaan mereka. Menang dan kalah adat dalam sesuatu pertandingan. tapi mereka seolah-olah tak dpt terima kekalahan tersebut. Kasihan sungguh mereka. Takpe...kita rakyat Malaysia, jgn kalah dengan provokasi murahan mereka..

Semoga Arena Sukan di Malaysia akan terus Cemerlang dan Gemilang di persada dunia. Amin...

Tuesday, December 21, 2010

~Oh! Pemilik Hati ku ~

Sepi sekeping hati...
Kosong terasa..watpe sume x kena..hurmm...dgr2 lgu..
ttrik pla ngn lagu nie..

Jom, Dgrkn lgu nie...





reaLLy2 lonely .... =(

Monday, December 20, 2010

~ Perkara Yg kDg2 Kte x SedaR ~

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

~AKU DI DINDING HATIMU.. ~

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.

~Best Story~

Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu “Catrina…kesepian & perlukan sahabat”. Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis.


Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi “kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku.” Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu…


Beberapa bulan kemudian… Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah… sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah… Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. “Catrina?” Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata “aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu..” sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara..”aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu…..” Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini?Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina… Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti

dia… Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini???? Menerima seadanya…dgn hati yg tulus dan ikhlas……… fikir2kanlah

Sunday, December 19, 2010

~SAUJANA (keluarga bahagia 2)~






Dh lame cri lgu nie, bru j jmpe...wlaupn lgu lme, tp bmakna...
yelah, sape yg x impikan keluarga bahagiakn??? jom...dgrkn.. besT!!!!

Friday, December 17, 2010

~ ASEAN UNIVERSITY GAMES Comes agAiN...~







Td Tgk BulletiN utama bru dpt tau AUG 10' dh bermula...hihi..tb2 tringat kisah lama.. Klu msih igt mse thun 2008 AUG berlangsung di Malaysia..Malaysia jd Tuan Rumah...Fun sgt...aku jd sekritariat dlm AUG 08' tue... Walaupun tyme tue MAS xdpt jd juara...tp smgat kecintaan utk menyokong negara sgt bkobar2... srnokny ble kenang blik... gembira x terhingga ble tgk MAS kalahkan team luar... berteriak mcm nk hilg sore..hik3..

Hope AUG kli nie MAS akan terus gemilang n terbilang... InsyaALLAH... buaT atlet2 MAS...Selamat Berjuang di ThaIlaNd utk AUG 10'.... :))


Jom!!! imbas kembali kenangan sepnjg jd sukarelawan AUG 08' di Bukit Jalil.....

Ain, Kak E, Me, Mila


Best tyme nie, Mas menang lwn Singapore kt Mon't Kiara dlm Bola Jaring... :))



note: kenangan manis yg akan terus dikenang..... :))

Tuesday, December 14, 2010

Muahh - by Suzanne Brautigam. Featuring Syazwani


Seronok dgr lgu nie..saje menghilangkan kerungsingan di kepala... hihihi...
dgr la kwn2.. :)) nie liriknya...

Sungguh aku sayang
Sungguh aku rindu
Ha ha ha usah kau ragu-ragu

Sungguh aku cinta
Sungguh aku mahu
Ha ha ha ku tidak malu-malu

*
Sayang oh sayang
Ku sayang kepadamu (muah)
Aku cintakan dirimu
Rindu oh rindu
Ku rindu padamu (muah)
Janganlah kau pergi dariku

**
Papa tolonglah (papa)
Mama tolonglah (mama)
Aku sedang mabuk cinta
Dengan si dia (ah ha)
Si jantung hatiku (ah ha)
Yang ku puja ku cinta selalu

Mama tolonglah
Papa tolonglah
Jodohkanlah aku dengannya

Chorus
Hati hati yang merindu
Inginkan belaiannya
Hari hari yang berlalu
Indahnya ku rasakan
Jiwa jiwa (jiwa jiwa)
Ku meronta (ku meronta)
Bila jauh di sisimu (di sisimu)
Berjanjilah kasih
Berjanjilah sayang
Hanyalah aku di hatimu

Ulang *
Ulang **

DReaM???

Orang kte mimpi mainan tidur...ade jg yg kte mimpi bw petanda... dh 2 mcm2 pulak tafsiran mimpi... aduh...apa makna mimpiku?? atau sekadar mainan tidur??? kte orang klu kte tlalu memikirkn, kte akn tbw2 dlm tidur..smpai tmimpi2..tp aku x mmikirknny lg...aku mahu ia pergi jauh.... mungkin dh ttlis ia bukan milikku....

Ah, penat la kepala asyik pikir bende2 nie... knp byangan tue terus menghantuiku... bayang2ny sentiasa ade bersamaku...ingatannya sentiasa ade dkotak fikiranku... cmne lg aku nk buat supaya tdk lg memikirknny??? puas dh aku dera jiwa aku..aku seksa naluri aku... kesian hatiku...

Apa lg daya aku???

Thursday, December 9, 2010

~ PerJaLaNaN seMalaM ~

Semalam
aku melalui sebuah perjalanan
ya, masih kuat dingatanku
pada warna-warna keindahan
pada garis waktu
yang entahkan bila penghujungnya

Perjalanan semalam
terlalu banyak persimpangan
penuh liku-liku
tapi aku masih tidak mengerti
tentang nostalgia semalam
yang banyak memberi pengajaran
tentang erti kehidupan

Perjalanan semalam
hanya tinggal memori
memori indah yang tercipta
bersama memori duka dijiwa

perjalanan semalam
menggamit seribu kenangan
ribuan kemaafan aku pohonkan
kerna mungkin tanpa kusedar
ia amat menyakitkan
namun itu semua di luar kehendakku

... ..dalam perjalanan semalam
yang tiada titik-titik kepastian
semoga... .
akan terus memberi sinar
untuk secebis kebahagiaan...

Saturday, December 4, 2010

~ THe eNd of stuDeNt Life ~



"4 sahabat sejati"


"KeluaRga JMK 09/10"


"keLuarga BIro SukaN & Rekreasi 09/10"

Selamat 3 tahun setengah aku di menara gading ini....di mana??? UPSI... erm..dlu mase msuk sini serba serbi aku tak tahu..semua kosong..hanya berbekalkan sedikit ilmu yang aku bw dr sekolah jerk..skg, ble dh nk kuar..mcm2 yg aku dpt...xkira la, ilmu pelajaran..atau ilmu pentadbiran....

Seronok..mcm2 pengalaman.. aku ikut pgram sne..tadbir pgrm sini...slme 3thun stgh nie jg aku berjaya mencurahkan bkti..walaupn x sbrape..tp skurg2ny ade sdikit bkti yg aku curh..buah fikirn yg dterima..aku bangga... smge Kolej Harun Aminurrashid ini terus gemilang di bawah pentdbiran JMK2 gemilang n Terbilang...aku syg keluarga di sini...3thun stgh bersama mereka membuatkn aku buka mata untuk melihat dunia sekeliling,..betapa indahny hidup di sini..walaupn ada duka yg melanda, kita tetap ceria...mcm adik beradik rseny..seronok...ble de mslh..kongsi sme2...wlaupn x dpt bntu selesaikn..atleast..sme2 duk dgr luahan...kdg2 wlaupn busan..ttp jgk dgr luahan kwn..sbb nk jge ati kwn..hehehe

Tp tue la..arinie bole dkatakan hari akhir di sinie..lps nie nk kuar dh..xtau ble bley jejak kaki kt cnie ag...hurm..sayu rse..tp x sabo pn ade...huhuhu... tamat la sudh perjalanan hidup sebagai pelajar UPSI di sini... :)) Alam sekolah pula menanti..profesion terunggul menanti.. :)

Wednesday, December 1, 2010

~ TinTa BicaRa ~

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada. Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi.

Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan. Tanpa persahabatan, PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan, PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..

SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita. Oleh itu hargailah dengan sepenuh hati..

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~

Friday, November 26, 2010

~seLamaT MelaNgkah Ke AlaM PerkaHwinan~





TAHNIAH BUAT TEMAN2 YANG TELAH & BAKAL MELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN.. MAAF BUAT MEREKA YG AKU TDK DPT MENGHADIRKAN DIRI...BANYAK KEKANGAN YANG TDK DPT AKU ATASI.... DOAKU AGAR KALIAN BERBAHAGIA DENGAN PILIHAN MASING2...SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA....


HARI INI,... MAJLIS KESYUKURAN PERKAHWINAN SEORANG SEPUPUKU...MAAFLAH..AKU TDK DPT MENGHADIRINYA..BERAT ATI UTK PERGI..LAGIPUN AKU PUNYA URUSAN YANG LEBIH PENTING DI SINI... MOGA KAMU BERBAHAGIA N BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT... DOAKU SENTIASA MENGIRINGIMU..PASTI KAUM KELUARGAKU SEDG SIBUK MEMPERSIAPKAN SEGALA KELENGKAPAN DI MAJLIS KAMU NANTI....TERINGIN JUGA NAK TGK...TP...XDE RZEKI..HUHUHU






GILIRAN AKU??? HAHAHA...MASIH TERLALU JAUH...AKU MSH BLOM JMPE APE YG AKU CRI...BIARLAH... SAMPAI MASA TIBALAH...KDGKALA TERINGIN JG..TP AKU PERLU FKIRKAN PERKARA YG LBH UTAMA DHULU..BLE SGALANYA TELAH SELESAI..BARU AKU FIKIRKN...TGGU & LIHAT...... :)

Wednesday, November 10, 2010

~ Ku Petik Bintang-Bintang : Pengukuh semangat bagiku ~~

Hari nie aku nk bercerita pasal 1 falsafah yang selama nie aku jadikan sebagai kata-kata semangat dalam hidup aku. Nak tau dr mne aku dpt kta2 tue? dari sebuah drama yang bertajuk "Ku Petik Bintang-Bintang". Cerita nie mmg best bg aku... sbb ape? sbb cerita nie penuh dengan semangat dan mesej bermakna yang cuba dismpaikan..terutama utk org2 muda mcm aku nie..muda kew?hahaha..muda la jgk..bru awl 20-an kn..erm...yup..org muda zmn skg mudh patah smgt..tp aku rasa, bila menonton cerita-cerita tue mesti byk pengajaraan yang boleh kita ambil.... kisah nie pasl tiga org sahabat yang msg2 punya kekurangan n kelebihan msg2..

Rostam, Saad n Ngadiman... Rostam, pemuda yang hanya berkaki sebelah... Saad, pemuda yang mempunyai masalah penglihatan.. Dhe buta... Ngadiman pula, seorang pemuda yang telah berkahwin, dan mempunyai 2 orang anak...anak jati jawa...hehehe..mcm aku la..Jawa totok...hehe

Mereka sama2 belajar di UM..ambil kos Law (perundangan)...hebatkn? walaupn mereka ade kekurangan tp mereka dkurniakan kepndaian n kebijaksanaan...pada mulanya, Rostam n Ngadiman agk x kuat semangat n ptus asa...tp ble dgr cerita yang dceritakan oleh Saad, smgt mereka jd berubah. tmbh pula dgn 1 flsfh yg kuat dpegang oleh Saad, " Never Give the end untill the last buzzer sound"...n mrk x lg putus asa.... akhirnya mereka smue bjaya dlm hidup...

Nk dgr cite pe yg menaikkn smgt 3 sahabat tue? ceritanya mcm nie :

"dalam 1 kg, ada sorg pemuda. dhe dpt thu dhujung kg mrk ada sbuah harta karun yang tertanam sedalam 6 kaki. pada mulanya, pemuda tue takut utk menggali tanah tersebut. dhe tkut dketawakan oleh org kg. namun, atas desakan hatinya, dhe gali juga. org kg mula mengetawakan dhe. dhe biar sahaja. tp usahanya terhenti setelah menggali 5 kaki dlam apabila ade sorg budak kecil yang mengatakannya bodoh. langsung dhe meninggalkan kerja-kerjanya. Namun, dtg seorang pemuda lain yang menyambung galiannya itu. akhirnya...pemuda itu yang mendapat harta tersebut...." begitulah ceritanya...kwn2..cuba fikirkan apa sbnrny yg ingin disampaikan oleh Saad dlm cerita pemuda itu...

Cerita nie aku tonton semasa aku berusia 17 tahun dulu..aku jdkn cerita nie sbg penguat semangat bgku. sedey...mase tue aku bru lps SPM..result yang xbrpe nk memberangsangkan menyebabkan aku tekad utk msuk tingkatan 6... di situ, aku jdknnya sbg sasaran..aku mahu berjaya melalui STPMku...dan akhirnya, aku berjaya ke menara gading dengan tekad itu..huhuhu.... renung-renungkanlah yea....

p/s : Never Give The End Untill The Last Buzzer Sound.....

Tuesday, November 9, 2010

~ Ku Berharap & Berdoa Dari Jauh ~

"Orang selalu berkata, bila suatu ketika kita berasa bahagia, gembira... jgn lupa bumi yang kita pijak.. beringatlah bahawa suatu ketika kita akan berhadapan dengan saat getir...saat kelukaan..."

Iye, aku terlupa..aku mudah alpa...aku terlena dek alunan melodi...aku terbuai dek sepoi angin yang membelai... mudahnya aku.. Kini, ble segalanya hilang...baru aku tersedar..bila kepala terhantuk..baru aku terngadah.. aku sedar bahawa aku telah kehilangan... Tuhan...Alpanya aku..knp aku lambat tersedar???

Ya ALLAH..masih adakah kesempatan bagiku untuk mendapatkan semula sinar kebahagiaan..
aku dambakannya selalu...aku inginkannya.. Ya ALLAH...kenp? knp? knp 'kumbang' pergi setelah puas menghisap madunya? mengapa manusia membuang hampas setelah tebu hilang manisnya? adakah ia benar2 sudh tidak berguna???

Adakah aku terlalu jahil dalam menilai erti sebuah cinta? adakah aku terlalu mudah beralah kerana sayang? berbaloikah aku begitu? Ya ALLAH..apa lagi daya yang aku ada? perlukah aku berputus asa skg? perlukah aku yang mengalah dan beralah....


YA ALLAH! AKUKAH YANG BERSALAH????????????????????
YA ALLAH! MAAFKAN AKU.............
YA ALLAH! AMPUNKAN AKU................
YA ALLAH! TERIMALAH TAUBAT HAMBAMU.......

Sesungguhnya, aku mengakui segala kesilapan..aku terlalu lalai dalam meniti khidupan..dalam mengatur hidup...Aku sungguh kesal dengan diriku sendiri... Ya ALLAH...Hanya Engkau tempat aku mengadu...kerana aku tahu..Engkau sentiasa mendengar rintihan Hamba-Mu ini... Moga suatu hari..Engkau kabulkan doa Hamba-Mu ini...

Sunday, November 7, 2010

~ Disaat aku mencintaimu ~

mengapa kau pergi 2x
disaat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidup ku

*menyendiri lagi 2x
disaat kau tinggalkan diri ku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
disaat aku terbangun dari tidur ku

**aku inginkn dirimu datang dan temui aku,
kan ku katakn pada mu aku sangat mencintai diri mu,
aku inginkn dirimu datang dan temui aku,
kan ku katakn padamu aku sangat mencinta


smoga engkau kan mengerti tentang prasaan ini,
maaf ku tlah tbuai akan indahnya cinta,
maaf sungguh ku tak bisa untuk kembali padamu,
maaf ku tlah trbuah akan indahnya cinta

~Aku merindumu selalu~

Ya ALLAH...
Ujian-Mu terlalu menguji hati kecilku...
kadangkala aku tergugat dek ujian-ujian-Mu...
Ya ALLAH...
Apa lagi daya yang aku ada???
Ya ALLAH...
Apa lagi seterusnya???
Ya ALLAH...
Bertahankah aku???
hari2ku terus dipenuhi dengan kesedihan..
hatiku seringkali dihambat keresahan..
aku buntu Ya ALLAH...
Aku buntu...

Aku inginkan kebahagiaan-Mu itu..
Aku impikan Kehidupan yang aman...
Aku inginkan Kehadiran insan yang benar-benar aku syg...
Aku impikan Kehidupan yang harmoni bersamanya..

Bantulah aku Ya ALLAH...
Kau Cekalkan Hatiku...
Kau Kuatkan driku..
Kau Tabahkan rohani, emosi n mentalku...
Hanya KepadaMu ku berharap Ya ALLAH...
Sesungguhnya, AKu sudah tidak mampu untuk terus disakiti...

P/s: Biarlah jasadku yang menanggung sakit...
Jangan Naluriku yang terseksa..
Sakit tak tertanggung...seksa tak terperi...

Wednesday, October 13, 2010

~ 11 Oktober ~

11 Oktober...
Hari ini...
Sepatutny aku gembira..
Gembira disampingmu yang mencintaiku..
Gembira disampingmu yang menyayangiku...
Namun, hari ini adalah sejarah bagiku...
Kau tiada lagi di saat aku memerlukan dirimu...


Awak...

Ingat lagi tak kata-kata nie?


Awak...Apa itu erti cinta?
Si Awak kata cinta terlalu mendalam maknanya...
Awak... Kalau begitu sedalam mana cinta awak pd saya?
Cinta saya tidak terkira dalamnya...

Awak...Siapa saya?
Awak adalah saya...dan saya adalah awak...
Hanya awk yang faham hati saya...
Awak sentiasa tahu apa yang saya mahukan...
Terima kasih sayang...

setahun kemudian....

Awak...
Lupakan saya...
Tiada guna teruskannya...
Saya kebuntuan..
Saya tertekan..
Pergilah jauh dari saya...

Sayang...
Adakah saya bukan lagi diri awak?
Adakah saya sudah lagi tak memahami awak?
Kenapa perlu begini?
Apakah kerana insan ketiga?
Atau sekadar alasan keluarga?

Tuhan... Hanya KAU yang Maha Mengetahui
Apa yang tersirat didasar hatiku...
Moga suatu hari...
segala yang tersurat & tersirat
terbukti jua akhirnya...

Kalau saya diberi peluang...
Saya mahu kembali di waktu itu...
Kalau saya diberi kesempatan...
Saya mahu hargai setiap detik itu...

~ KasiH ~






Kasih…
Hari ini aku masih sendiri…
Mengisi hari-hari yang datang dan pergi..

Kasih...
Aku masih menanti sinar itu menjelma kembali..
Jangan lagi kau bawa pergi..
Tinggalkan aku sepi sendiri...

Kasih...
Hati ini menangis lagi...
Tatkala terkenang cerita semalam...
Menggamit seribu kenangan...
Terlalu sukar untuk aku melupakan..

Kasih...
Apa khabar kau di sana?
Aku harap kau sedang bergembira..
Walaupun kita tak bersama..
Doaku sentiasa ada..
Moga kau selalu dalam lindungan-Nya...

Kasih...
Sekadar ini yang aku pinta...
Agar kau selalu bahagia...
Doakan aku juga bahagia...
Dalam menempuh setiap ranjau-Nya...


Dehearty_111010

Tuesday, October 5, 2010

~ Aku RinDu~

Betul orang kata "penantian itu satu penyeksaan"....bukan mudah nk mgharungi ujian-ujian dlm hidup kita. Semuanya pasti akan meninggalkan seribu stu kenangan pd dri kita.Dalam kte mengharung smua ujian tu, kte x sedar hakikatny mse telah jauh berlalu meninggalkan kte. kini, pe yg kte lalui dulu boleh kte ktegorikn sbgai kngan atau sejarah dlm hidup kte...

Aku jg begitu...masa bergerak terlalu pantas hingga tak tersangka 'dia' telah menjadi sejarah dalam hdupku..namun, hati masih lagi merindu setiap kngan yg berlalu itu. Sudah tersurat 'dia' pergi begitu. sudah tersurat 'dia' akhirny meninggalkan aku...sayu, gelisah n sebak ati ble trkenangkan driny..Bahagiakah driny kini???

Pagi-pagi yang hening ini membuatkn aku terkenangkan sgle kisah lalu. Setiap perkara yang pernah kami lalui. Terdetik dihatiku untuk kembali mengulanginy..tp..mnekn mampu aku berbuat bgitu. Aku kini benar-benar merinduinya...Gelak tawa, senyumannya, keluh kesahnya..aku rindu untuk merenung wajahnya...........aku rindu usikannya, aku rindu segla milikny...Tuhanku..tabahkan atiku..kuatkan aku utk melalui segalany ini...

Ada ketika berbagai persoalan menggamit difikiran. Adakah masih ada lagi nama ini diruangan hatiny???Benarkah masih terbit lagi rse syg jauh disudut hati, dan mampukah aku terus berdiri tnpa dhe disisi ini lg.....

hanya hati yang ada jwpn....
AKUYANGSELALUMERINDUMU.... :(

Monday, September 27, 2010

~ RaYa 2010 ~






Menyambut kedatangan bulan syawal tahun nie mmg sangat menyeronokkan. Tidak seperti tahun yang sudah..raya tahun nie lebih meriah... macam2 persiapan n kelengkapan yang disediakan... aku menghabiskan masa 2 mggu lbh bercuti utk menyambut syawal kali nie...huhu..sakan beraya..xlekat di rumah... tp de gak yg x bestny...tahun nie x dpt blik braya di kg.. mne xny..tyme2 tue la kereta wat hal..meragam mlm2 raya...x sangka orang sibuk p takbir kt masjid n surau..aku lak mmbantu abah memeriksa keretanya...nk wat cmne...nsib badannnnnnn...hahaha...










xcukup dengan beraya sakan di kampung..ble blik ke u nie..mcm2 undangn rumah terbuka yg aku dpt...huhu....murh rzeki tyme2 raya nie..msg2 ambil peluang utk buat amal jariah...OPEN HOUSE TYME!!!!...rumah aku pn x ktinggalan utk wat open house...rmai jmputan yg kami undang...pening gak..muat ke umah nie...kalah org wat knduri nih...hahaha..pe pn kte tggu n lihat j nnt k...... bsambung ke edisi raya 2...hahaha..cm drama lak..huhuhu :)

Tuesday, August 24, 2010

~ Setitis MeMori HidUpKu ~




Berbicara tentang hidup membuatkan aku adakalanya rasa mahu menangis..adakalanya rasa mahu tertawa...mcm2 kish dlm hidupku..dr kecil hingga dewasa berbagai2 pengalaman yang aku lalui...

Sape yg percaya yg swaktu kecilku aku berjalan sejauh 5km utk pergi dan blik ke sekolah..waktu tue aku mmg xde kndraan utk ke sekolah. sbiji motor yg sudh uzur mmbataskn pergerakan ibu n bapaku utk hntr aku ke sekolah...berbekalkan smgt n dorongan yg mak n abah beri aku gagahkn juga kaki utk ke sekolah...gosok baju pn mggunakan seterika arang..saat org lain bersenang lenang dgn segala kemewahan yg ada, tp kmi skeluarga msih lg dlm khidupan yg srba sdrhana...

Sape jgk yg sngka swktu ktika dahulu keluarga aku hanya memasak mggunakan dapur kayu shaja..xde dapur gas...ats alasan utk berjimat bgi kegunaan keluarga yg rmai...aku n adik brdik yg lain tdk pernah mrungut sdikit pn..kmi diasuh untuk menerima sekadarnya...

Itulah antara pngalaman hidup aku yang menjadikan aku seorang anak yg berjiwa kental dan tidk pernah knl erti jemu... shingga lah kini aku berjaya membuktikan pd keluarga n dri sndri bahawa aku jg mampu prgi lbh jauh..mampu berdikari n mampu mencapai kejayaan dlm pelajaranku...

Kesyukuran & terima kasih tdk terhingga aku ucapkan buat Mak (Pn. Zainab) & AbahKu (En Ab Rahmad) atas segala sokongan dan galakan yang diberikan. Usaha n kecekalan mak & abahlah yang membawa kepada kejayaanku sehingga ke hari ini...Aku bersyukur kerana dikurniakan kdua ibu bapa yang memahami n sentiasa berusaha keras buat anak-anaknya..Walaupun kadangkala anak-anak membuatkan mereka menumpahkan air mata, tapi mak ngn abah sentiasa tabah dalam melalui hidupnya...InsyaALLAH..moga hasrat dan impian yang ku tanam untuk kedua mereka akan terlaksana... semoga ALLAH memakbulkan doaku dan hasratku itu...amin...

Sunday, August 22, 2010

~my 23hrd besday...~





wah..diam xdiam dh 23 thun aku rupernye..hehe..igtkn muda ag..usia dh semakin meningkat dewasa...

smbut besday thun ni mmg menyeronokkn..kngan yg akan aku igt smpai ble2...huhu, tpt kul 12 mlm bersamaan 19 ogos 2010..kwn2 rumahku (1-1-15)berusaha mngenakan aku ngn taktik kotor mereka..terpedaya jg aku ngn taktik mereka akhirnya aku dmandikan dgn air sabun (bio zip) + tepung gandum....kahkahkah3...berdekah2 aku gelak smbil menahan gigilan badan...sojuk babe..haha..gelakan ku diiringi dgn nyanyian lagu happy besday dr kwn2..terharu dgn perlakuan mereka aku yg dh 23thun ni..mngalirkan jg air mata..hahaha..klu nk tau...aku bru j mndi bbpe jam sblm mrk mandikan aku..mknany mlm tue aku mndi 2 kli..ceh...hehehe..


xpe kwn2 aku srnok...

mlm keesokkannya..kwn2 ku skli lg membuat kejutan...aku yg tlupe bw kunci tpkse mgetuk pintu umah yg tkunci dr dlm...housemate ku yg bukakan..seb bek.tp ble aku nk buka pintu blik..tkunci lak..adusss...aku pk kan rumate ku kuar or dh tido..rupe2ny..diorg bkomplot ag..dr dlm bilik diorg kuar ngn kek yg sgt comey n menyelerakan ku..hahaha..tkejut aku.. slps tue aku dberi kejutan demi kejutn ngn kunjungan hadiah dr teman2... terima kasih sume..aku sgt gmbira...

kwn2..di sini aku ingin meluahkan kata2 ikhlas dr hati kecilku ini..

" AKU SGT SYG KAMU..KAMU..KAMU..DAN KAMU SEMUA............SYG SGT2.."

terima kasih tidak terhingga.... sesucikasihdehearty0887... =))

~ Yang SemPuernaKaNku~




=)) Dehearty menantikan seorang putera menyanyikan lgu ini buatku...wahhh!!! seronoknya.... bbunga2 j rasa...indahnya hidup... tp adakah???


Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

hayati bersama lirik lagu ini.... =P <3

Tuesday, August 17, 2010

~ TeRLuka KeRaNaMu C.I.N.T.A~

Cuba Lupakan Si Dia…

Usah kecewa andai cintamu terputus di tengah jalan kerana si dia pergi sebenarnya untuk membuka peluang pada seseorang yang lebih baik untuk mengisi ruang hati kamu.

Oleh itu, cubalah lupakan si dia…Ayuh! Bangkitlah dari kekecewaan!!!!

  1. Terima Hakikat

Pertama sekali kamu perlu menerima hakikat si dia bukan lagi milik kamu. Belajarlah untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan percayalah ia adalah permulaan kepada pertemuan.

  1. Melarikan Diri

Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan kamu. Cuba pergi ke suatu tempat yang agak jauh dan merehatkan minda. Apabila kembali tenang, segeralah pulang ke tempat asalmu.

  1. Luahkan Perasaan

Luahkan perasaan kamu kepada sahabat karib otau orang yang rapat dengan kamu. Mungkin si dia tidak banyak membantu tapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan yang terpendam akan dapat menghilangkan tekanan kamu.

  1. Mendengar Luahan Orang Lain

Apabila mendengar luahan teman-teman lain sekurang-kurangnya kamu akan sedar bahawa bukan kamu seorang sahaja yang menerima nasib yang teruk. Malah mungkin ada orang lain yang mengalami nasib yang lebih teruk dari kamu.

  1. Buang Segala Kenangan

Hadiah atau apa sahaja kenangan yang boleh membuatkan kamu mengingati si dia, jangan ragu untuk membuangnya. Mungkin kamu terlalu sayangkan pemberian itu namun itulah yang terbaik untuk kamu lupakan terus si dia.

  1. Berdoa & Tawakal

Ini adalah penyelesaian yang terbaik. Berdoalah kepada-Nya agar diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan yang mendatang serta akan dipertemukan dengan pasangan yang serasi.

P/S : “Menerima Hakikat Bahawa Si Dia Bukan Lagi Milik Kamu. Belajarlah Untuk Menerima Kenyataan Bahawa Pertemuan Akan Berakhir Dengan Perpisahan Dan Percayalah Ia Adalah Permulaan Kepada Pertemuan.”

InsyaALLAH....Berusaha ke arah yang lebih baik....smge hearty akan lebih kuat menghadapi hidup ini...amin...

Monday, July 26, 2010

campus life again....


wah...sem bru dh bmula lg...bru arinie aku bpeluang update blog ni...sem ni sem last aku d UPSI...huhu x sabo rse nk abiskn sem ni...sem ni xde la bz sgt..coz aku cme mik 2 subjek j...semantik n sosiolinguistik...tp esmn melambak gak..hahaha..nasib la...
tp de gak yg merungsingkan aku....pper projek yg memeningkan aku...pilih tjuk smpai 3 mggu..dh la nk jmpe penyelia pn sush..bz sokmo kte org ganu..hehe..apepun yg aku rungsingkan..aku kne lalui gakkn??? so xyah runsing2..skg fokus utk 3 pkr tue j dlu..yg len slow2... :)

bile nek sem bru ni..mcm2 dh brubah..praturan brubah..jadual brubah..bas..wifi...hurm..de yg bek de gak yg buruk..bas yg smakin lembap....wifi..smakin ceria...nk on9 dlm blik pn dh bole..tp kdg2 de gak pblm dhe..kbosanan pn bole dkatakn mula menghantui dri aku..maklumlh..sem ni dh x sebz sem yg sudh...so..ble xde wat pape..aku mle la..busan memanjang..tperap kt blik..hahaha...nasib badan..trime j la..jgn brt bdn aku pn brubah..dh la...hihi.. :))

Sunday, April 11, 2010

~SeNyuM~


Manis wajahmu kulihat di sana,
Apa rahsia yang tersirat,
Tapi zahirnya dapat kulihat,
Mesra wajahmu dengan senyuman.

Senyuman...senyuman

Senyum tanda mesra,
Senyum tanda sayang,
Senyumlah sedekah yang paling mudah,

Senyum di waktu susah,
Tanda ketabahan,
Senyuman itu tanda keimanan.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa tenang,
Bila melihat senyum hatikan tenang,
Tapi senyumlah seikhlas hati,
Senyuman dari hati jatuh ke hati.

Senyumlah senyumlah

Senyumlah seperti Rasulullah,
Senyumnya bersinar dengan cahaya,
Senyumlah kita hanya kerana Allah,
Itulah senyuman bersedekah.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Itulah sedekah yang paling mudah,
Tiada terasa terhutang budi,
Ikat persahabatan antara kita,
Tapi senyum jangan disalah guna.

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Senilagu: Farihin Abdul Fatah
Senikata: Zarie & Che Amran
Hakcipta senilagu & senikata: Raihan Cipta

So kwn2 semua, senyumlah selalu walaupun kte dlm kesedihan..... :)

~ MasiH TerBukaKah PinTu TauBat Itu???~









Malam ni skali lagi aku ingin berkongsi cerita. Aku baru shaja selesai menonton Filem "JaLanG"... Seriously, crite tue sgt menarik krn mmberikn pgajaran yg sgt bmakna. Aku ttarik untuk menonton crite ni slps melihat sedikt sdutn crite melalui seorg teman. Mle2 tgk mmg pns la..tp part yg last yg btol2 mnrik prhatianku. Kish seorang gdis yang dahulunya tersesat dlm memilih jalan dan ingin kembali ke pangkal jalan... Ini yang sebenrny ingin aku kongsi bersama... Masihkah dbukakn jalan untuk insan2 seperti ini kembali ke pangkal jalan???Masih adakah ruang buat insan2 seperti ini untuk kembali ke pangkuan insan yang menyayanginya??

Kata-kata seorang teman kepadaku : Selagi matahariberada di tempatnya, slagi nyawa tak dpenghujungny..slagi itulah peluang masih ada. ssungguhnya rahmat Allah itu dekat pada hamba-hamba-Nya. letakkan kepercayaan kepada Allah..Dan aku percaya, Allah sentiasa membuka pintu taubatnya buat hamba-hambaNya yang ingin bertaubat. Islam bukan agama yang memaksa, islam agama yang suci. Sentiasa ikhlas dalam apa juga yang dilakukan..InsyaAllah, Allah akan sentiasa menerima taubat hambaNya...Amin... Buruk baik seseorang hamba Allah, bukan kita sebgai manusia yang menentukannya, segalanya milik Allah..Kita manusia hanya pinjaman smentara di dunia fana ini... Jgn sesekali memburukkan kelemahan n kekurangan orang lain, jgn sesekali menghina kekurangan insan lain. Lihatlah kekurangan diri sendiri sebelum kita hendak menilai kekurangan orang lain. Ingtlah teman2, setiap manusia di dunia ini melakukan kejahatan, kesilapan dan kekhilafan. tiada seorang pun diantara kita yang tidak pernah melakukan kesalahan. Bukan hak kita untuk menilai dan menafikan hak orang lain terutama orang seperti "Maria Hanafi"....
" Maafkanlah kesalahan insan lain, walaupun perlakuannya kadangkala mengguris hati kita, buangkanlah sifat dendam dalam diri biarpun perbuatan itu menyakitkan kita.. Ikhlaskanlah dri kita dalam setiap apa yang kita lakukan. Jujurkanlah perlakuan kita tak kira dengan siapa dan di mana shaja kita berada...Kasih sayang tinggi nilaiannya. Perasaan anugerah Allah untuk hambanya. Hargailah segalanya....insyaAllah..kita akan sentiasa dalam lindungan-Nya..."

Zikir I'tiraf :
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Zikir ini mmg slalu dgalakkan untuk dialunkan d bibir2 setiap hamba Allah... Memohon pengampunan kepada sang Pencipta atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan tak kira la dosa besar mahupun dosa kecil. Buat teman2 dan dri sy sendiri, slalu2 lah melafazkan zikir ini...semoga Allah mengampunkan dosa2 kita..insyaAllah....


p/s : Ulasan kecil ini hanya buat ingatan n renungan bersama...
tidak menyentuh mana2 pihak sama ada yang hidup mahupn yang telah meninggal dunia...

Friday, April 2, 2010

~ HoBi YaNg MenGhiBurKanKu di KaLa KedukaAn...~


(Bukan yang Pertama, Ada Cinta Di Hati, Murni Kasih, BuatMu Kekasih, Sehangat
Asmara, Rindu Semalam, CInta Kau Dan Aku, Cinta Tiada Akhirnya n Seindah Mawar Berduri)


Membaca novel...
yup, mmg ni la stu2ny hobi yang smpai skg msh xdpt aku tgglkn..aku sggup bsengkang mata utk menghabiskan pmbacaan nvel.. xkish la pe jnis nvl pn, cintan cinton, islamic, kdg2 nvel motivasi jgk...srnok.. x dpt dgmbrkn dgn kata2...pd mrk2 yg x mint mmbce, mungkin mmbosankn..maklumlah..mnusia bbeza2 citarasa..

Di atas nie antara koleksi nvel tbru yg aku bce..besh..wlaupn kbyknny nvel cinta, tp mmbw msj n pgjrnny...
pcy atau tdk, kdg2 kte dpt mnghilangkn tekann dgn mmbce nvl..xkish la nvl pe pn..dgn mmbce, kte lpe sktika mslh yg ade dlm kple...huhu.. tu la cr ku..

tpengaruh??? lorh, pndai2 la nk bzakn realiti dgn fntasi.. mbce nvl bukn shj mmberikn pgjrn tp jgk kdg2 bole mmberikn kte jwpn..jwpn dlm kkusutan...hahaha...tpulanglah nk pcy atau tdk...

P/ S : seb bek kt lbry de sdiakn pkhidmtn meminjm nvl..dpt gak ku mnunaikn hobi..hahaha, klu x pokai tiap2 sem gara2 beli nvl...

Thursday, April 1, 2010

~MURNI KASIH~


Cinta itu tidak pernah terpadam walau di penghujung usia...
Murni Kasih... pemberian ikhlas itu, seolah penghargaan buat driku.

Cetusan Sang Hati...
Kenapa terlalu sukar mahu melafazkan apatah lagi mahu meluahkan. Apa itu cinta sebenarnya hanya mainan perasaan? tetapi kenapa semakin disimpan, semakin terdera rasanya??? Ah, segalanya benar-benar menyakitkan. di pendam, terasa sakit, mahu diluah terasa perit, Lantas...sedarkah dia keputusan perlu dilakukan???


" Dia Berkuasa. Dialah Maha Pencipta, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila mengkehendaki sesuatu hanyalah berfirman "jadilah" maka terjadilah ia. Maka Maha Suci tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadanya kamu dikembalikan."

Semurni ItuKah NilaiaN seBuah Kasih????

aniLza DeHeaRty,
02 Apr 10..

Friday, March 19, 2010

`` Ya Rab``




You..
Still beautiful and becoming more,
what and incident... it couldn't be better
and as my heart is watching you...
tell me.. how are u?

You..
You 're still you and will never change
you made my heart confused and confused
and your heart is still be a baby
pacify me, how are u?

c/o
Walking while remembering the road
and love goes swinging
why are we still?
and how could we forget those dreams?
the night is waiting for us, so now we can say good bye to the days...

Oh Lord, make our days last together,
so our love can unite us forever
Oh Lord, make it last...

Oh Lord, if we could just go back to our past,
it would be so much better
Oh Lord, let us go back....

I love you,
I love your eyes when you're talking,
And how it draws a smile,
Lay your head on me,
and we'll own this world together

I love you,
I'll never forget today or tomorrow
I missed you and you have no idea
And you'll never be just a memory
you made this world precious......



20/03/10 (04.04am)
note : msh bersengkang mata...xtau npe x dpt nk lelap mata..
try utk tido..tp xley jgk..
mgisi msa dgn FB, n Blog.
lagu ni sgt2 mrik phatianku..sgt2 mmninati lgu ini...
asl lgu ni dlm bhasa arab...
lrik d atas hanya terjemhnny..
klu nk dgr lguny, taip kt youtube... Ya Rab... mst ade..
slmt mghayati lirik n melodi lgu ini...besh sgt2...

Monday, March 15, 2010

SegaLanya...

Satu permulaan hari yang baik..
pagi yang cerah hingga ke malam..tp hati ni xpnh cerah utk beberapa hari ni...
senyumlah hati...d mana keceriaanmu dlu..aku merindui hatiku yang dulu,
sentiasa mekar mewangi... hilang ke manakah dia???duhai hati..kembalikanlah!!!!!!

Mak n Abah...
kalian sentiasa memberi dorongan buat anakmu ini,
mak, maafkan anakmu kerna xdpt memnuhi hjatmu kli ini,
Abah, maafkan anakmu kerna gagal mempertahankan kasih yg satu itu...
DoakanLah anakmu ini, kuat dlm melalui liku2 hidup...

Ummi, Yuha n Yatie..koranglah shabatku.. terima kasih tak terhingga... kasih syg korg aku amat2 hargai..kte ibarat adik beradik di perantauan ini, keluh kesah aku jg keluh kesh kte bsama...sush seng kte ttp bsama...terima kasih tak terhingga..moga Allah perkukuhkan ikatan persahabatan n persaudaraan antara kita...


Geng2 umh 1-1-13.. Aini, Aimi, Are-gui, Ni-Cha, Zai, Yun, Har... terima Kasih teman2ku.. kata2 semangat dan kata2 penguat dr kalian... berada di cc saat aku kedukaan.. sggup mndgr rintihan hati..keluhan jiwa... terima kasih xterhingga..

Teman2 ku...Adik2ku... liza, huda, fara, Ros, Miela, Put, Zurin, Abu, Ai, n sape2 saje.... terima kasih semua... sokongan kalian aku benr2 hargai... syg sume..

YA ALLAH... kau hilangkan aku kasih sayang seorang insan...tp Kau kurniakn aku kasih syg yang tak terhingga dr teman2 n sahabat2 sekalian... Bersyukur aku ke hadrat-MU.... Namun, mengapa kasih itu juga yang masih menjadi pengharapan??mengapa perlu ada penantian??? perlukan aku sebegitu??

Allah...Andai dapat aku kongsi brsama...moga insan itu juga bbhagia dgn kasih bru dlm hidupnya.. JauhkanLah prsn dendam n benci dlm hati2 kami... moga ape yg berlaku, satu pgjrn dlm hidup kmi....


Kini Langkah baru akan bermula.... derap langkah dengan semangat yg ade... bbekalkan kekuatan semua... inilah aku, moga dpt kembali menceriakan hidup, Mengembalikan sinar lama yang telah tenggelam...

tiada lagi bulan yang dinanti, yang ada hanyalah alam realiti...bukn lagi fantasi duniawi....dan aku akan sentiasa merindui..merindui sang suria kembali..menyinari hidupku kembali..entahkan bila..entahkan siapa...aku tiada jwpnnya...

Wednesday, March 10, 2010

~ Dugaan Kasih ~

Dugaan Kasih
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi

Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu

Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya

Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma

Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

Lagu : Ali Hj Yassin
Lirik : Ali Hj Yassin
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : Magic Eyes Production

~ Sampai di sini kasih kita...~

Benang emas benang suasa
Sayang selasih hamba lurutkan
Kerna cinta badan binasa
Kerna sayang diri terbuang
Sampai di sini hubungan kita
Tidak mungkin bertemu kembali

Inilah cerita duka
Aku yang hanya emas pesada
Tak terbeli cintamu dara
Aku musafir tiada berharta
Aku musafir tiada berharta
Aku musafir tiada berharta

Aku bukan memandang harta
Apa daya ku seorang wanita
Ayah bonda tak restui kita
Cuma berakhir di sini saja
Hanyalah di sini saja

Biar kusimpan kenangan lalu
Jadi pelangi penghias senjaku
Apa dayaku kasih terhalang
Terlukalah hati muda yang malang

Kita bersanding di tirai mimpi
Disaksikan pungguk sendu bernyanyi
Andai sejarah ditulis semula
Kita genggam pelamin yang nyata

Aku tak akan lupa
Cerita duka mengguris jiwa
Apa lagi nak kukata
Andai cinta kita di sini saja
Andai kasih kita di sini saja

Aku bukan memandang harta
Apa daya ku seorang wanita
Ayah bonda tak restui kita
Cuma berakhir di sini saja
Hanyalah di sini saja

Aku tak akan lupa
Cerita duka mengguris jiwa
Apa lagi nak kukata
Andai cinta kita di sini saja
Andai kasih kita di sini saja

Benang emas benang suasa
Sayang selasih hamba lurutkan
Kerna cinta badan binasa
Kerna sayang diri terbuang
Sampai di sini hubungan kita
Tidakmungkinbertemukembali






Thursday, March 4, 2010

~~Tiada Lagi DeheaRty... ~~

Sepi kasih memagut hati.. Mungkin sudah ditakdirkan hidupku akan menerima nasib yang sebegitu.. kasih dan cinta yang dipupuk tidak mampu untuk dipertahankan lagi.. Salah siapa???? akukah??? Ya Allah.. Andai masa boleh ku undurkan.. mahu saja aku lari dr ujian ini.. mampukah aku lakukannya??? Ah.. Hati.. Hanya mampu berkata2..Tapi tak mampu untuk berbuat apa2... hanya mampu menerima.. Itu sudah suratannya... Begitukah??? Entahlah.. Aku sudah tidak mmpu untuk berkata apa-apa. Tidak juga mam[u untuk berbuat apa-apa.. Aku seperti sekeping kertas yang sudah tidak berguna.. diconteng sesuka hati.. dipotong sesuka hati.. dan kini dibuang ke dalam tong sampah yang menanti masa utk dibakar di pusat pelupusan sampah... Sungguh aku rasa terhina.. Diperlakukan seperti aku tidak punya perasaan.. Dibohong n dikhianati sesukanya...

Tuhan..Aku hanya mampu berserah kepada-Mu..Andai satu hari nanti akan terbukti segalanya.. Andai suatu hari nnti yg kabur akan menjadi jelas dan nyata... Ya Allah.. Aku bahagia andainya dia berbahagia berlaku sebegitu.. walaupun kini aku menderita n berduka.. namun aku tetap berbahagia... masih ada sahabat2 sejati disampingku kini..menjadi penguat kala hati melara... Sahabat2 ku..aku benar2 menghargainy..terima kasih sahabat2 ku..akanku ingat jasa kalian sampai bila2.. kalianlah sahabat2ku.. kini aku pasti.bahawa pilihanku disini tidak salah..kerana aku dapat bertemu dengan kalian yang benar2 sejati dan menghargai erti persahabatan..

Ya Allah..Ujian-Mu..sungguh2 menduga ku..menduga kesabaranku..menduga hatiku...aku tahu Kau Maha Mengetahui segala-galanya bagiku...cuma aku berharap n berdoa selalu pada-Mu..berikanlah aku kekuatan-Mu dalam menempuh ujian dari-Mu... kehilangannya benar2 menguji diriku.. kasih n sayangku seolah-olah diragut dengan sekelip mata... seolah2 nyawa yang paling berharga...Aku tahu Ya Allah..Ada Hikmah di sebalik kejadian-Mu... moga satu hari nnt aku akan mendapat hikmahny begitu juga dengan dirinya...moga apa yg kami alami selama ini akan terus menjdi kenangan yang abadi n bukan utk mendendami.. moga perhubungan ini menjadi hubungan yang paling bermakna n hanya Engkau Yang Mengetahui rencana seterusnya....

Kini, hala tujuan hidupku, ku serahkan PadaMu.. aku kehilangan impian..aku kehilangan sasaran.. masih mencari punca n tujuan..moga Engkau saja yang menjadi panduan... membimbing hambaMu yang tidak bertujuan... Moga segala kebenaran, keadilan n keindahan akan menjelma suatu hari nanti..............

11/10/08 memori terindah...
11/02/10 memori terluka...
Akan ku kenang sampai bila2..
hanya satu pinta ku...
izinkan aku menyintaimu sehingga tamat riwayat hidupku...
Bulan yang satu...
terpahat deheartyku..
menjadi memori terindah dlaam hidupku..
walaupun deritanya menggegar naluriku...


aniLza DeHearty...
05 Mac 2010...
3.22 am....